REMAJA yang terselamat dalam kemalangan maut yang melibatkan kematian enam ahli keluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan awal September lalu, Abdullah Amir Ruddin, 15, akhirnya kembali ke tahfiz untuk meneruskan pengajian.

Ibu saudaranya, Nora Hila berkongsi momen menjemput Abdullah dari Madrasah Tahfiz Al Quran At Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor.

Masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan suasana baharu, Abdullah sebak dan menangis selepas melihat kelibat ibu saudaranya.

Video yang dimuat naik akaun @rahilanoor, memaparkan perjalanan mereka pulang ke rumah.

Pelajar tingkatan tiga itu meluahkan sedang merindui ibunya selepas Nora Hila yang mesra disapa Mak Ila memesan minuman coklat boba.

“Ya, coklat memang sedap. Tapi yang sedap coklat yang disuap oleh ibu,” katanya tak dapat lagi menahan tangisan.

Baca juga: ‘Inilah rumah baru Ibu & Abi.’ Sebaknya! Video Abdullah lawat pusara 6 sekeluarga runtun jiwa netizen

Nora Hila memujuk Abdullah agar tabah dan menitipkan al-Fatihah buat ibu tersayang, Allahyarham Norahimah Noor Muhamad.

Warga maya tersentuh melihat Abdullah mendoakan agar remaja itu terus cekal dan dipermudahkan urusan pengajian.

– “Selalu ibu atau abi yang jemput, kali ini Mak Ila yang datang ambil di sekolah. Mungkin itu yang membuatkan Abdullah sedih.”

– “Saya pun rasa sedih. Ya ALLAH semoga Abdullah dan Rahman diberi ketabahan dan kekuatan.”

– “This scene was so touched. Semoga ALLAH beri kemudahan semua urusan, aamiin.”

– “Bukan mudah nak sesuaikan diri dalam suasana baru. Ya ALLAH, saya doakan moga Abdullah dan Abdul Rahman kuat.”

Kemalangan 2 September lalu mengorbankan Amir Ruddin Ismail, 46, dan isteri, Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat cahaya mata, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

SinarPlus mendoakan semoga dipermudahkan urusan, aamiin.

Baca juga: Abdullah sudah tahu ahli keluarga maut, aksi dua beradik lihat foto arwah ibu buat ramai sebak

Iklan

Baca juga: Al-Quran milik adik perempuan dipulangkan kepada Abdul Rahman, selitan nota ibu buat ramai sebak

Dia yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, usus dan paru-paru hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Segamat satu-satunya mangsa yang terselamat.

Media melaporkan remaja itu sebelum ini menuntut di Maahad Tahfiz al-Quran Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Bukit Gambir yang terletak di Tangkak.

SinarPlus mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abdullah, aamiin.

Iklan

Baca juga: Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Sumber: rahilanoor85

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!