UMUM mengetahui pada 25 Mac lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjalani kuarantin selama 14 hari di Istana Negara.

Langkah tersebut dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) susulan tujuh kakitangan Istana Negara disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, sekitar 9 April lalu Agong dan Raja Permaisuri bebas COVID-19 selesai tempoh kuarantin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu, Seri Paduka berdua dan ahli keluarga berada dalam keadaan sihat.

Pada masa sama, menzahirkan penghargaan kepada rakyat atas doa dan keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kesihatan Seri Paduka sekeluarga.

tengku jihan
TENGKU JIHAN (tengah) bersama ayahanda dan bonda. Foto: Twitter @jihanabdullah27

Pun begitu, rakyat turut berasa lega apabila puteri bongsu, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah turut mengesahkan kondisi kesihatan Raja Permaisuri Agong.

Perkara itu ditulis menerusi laman sosial Twitter Tengku Jihan @jihanabdullah27 selepas menjawab soalan daripada pemilik akaun @hisyomomar semalam.

“YM @jihanabdullah27 dah lama tak nampak Tuanku Permaisuri Agong…tuanku sihat ke,” tanya individu terbabit.

Lantas, Tengku Jihan membalas dengan ayat ringkas yang mencuit hati para pengikut: “Alhamdulillah, Tuanku Permaisuri sihat. Setiap hari masak.”

Iklan
permaisuri
ANTARA hidangan air tangan Raja Permaisuri Agong yang dikongsi di dalam Instagram @airtangan_tunkuazizah.

Rata-rata warga net menyambut baik penjelasan Tengku Jihan dengan menzahirkan kesyukuran, berdoa kesejahteraan dan meminta menyampaikan salam kepada Raja Permaisuri Agong.

Sementara itu, jika singgah ke laman sosial Instagram @airtangan_tunkuazizah setiap hari ada sahaja kepingan foto menu air tangan Raja Permasuri Agong dimuat naik.

Iklan

Antaranya ialah daging goreng kentang, sayur campur, makaroni goreng, ayam panggang kicap dan pai daging.

 

Foto: Twitter @jihanabdullah27 dan @airtangan_tunkuazizah