Ayah rehearsal cara jalan sebelum majlis tunang, gelagat bapa gadis buat ramai terhibur

JIKA sebut sahaja majlis pertunangan atau perkahwinan, pasti semua orang inginkan berjalan lancar.

Pelbagai persediaan dilakukan rapi bagi melengkapkan majlis oleh tuan empunya diri mahupun ibu bapa.

Ya, ibu bapa juga antara yang paling teruja bagi memastikan segala proses majlis dapat dilaksanakan dengan baik.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah kisah di mana seorang ayah mengajar anaknya mengenai cara berjalan untuk hari pertunangan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ffzti di laman TikTok itu, kelihatan sang bapa itu menyusun langkah satu per satu mengajar sambil anaknya berada di tepinya.

Gelagat bapa gadis itu berjaya membuatkan orang ramai terhibur melihatnya.

Namun apa yang membuatkan ramai tak kering gusi apabila melihat telatah bapa itu siap bersarungkan kain selendang di atas kepalanya!

Kelihatan agak serius, kemudian dia perhati pula cara anaknya itu berjalan menuruni anak tangga.

“Beliau took this very seriously, because why not. Help,” tulisnya di ruangan video yang tular itu.

Baca juga Wanita lahir tanpa kedua-dua tangan selamat bertunang, mertua pakaikan gelang kaki simbolik

Apabila nampak tidak kena pada matanya, dia terus menyuruh anaknya itu untuk mulakan balik dari awal sebelum menuruni anak tangga tersebut.

Hasilnya, gadis itu berjaya mengikuti ajaran ayahnya itu menerusi klip ‘result’ yang dipaparkan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dan memuji tindakan ayahnya yang mengajar anak gadis untuk berjalan secara lemah lembut di majlis yang pentin itu.

Iklan

Baca juga ‘Suamiku syurgaku. Ini kisah Junainah, wanita tabah kendong suami turun naik tangga rumah 4 tingkat

Ujar mereka;

“Wow bestnya ayah macam ni. Very involved & concerned. terbaik bang.”

“Allahuakbar… menitis air mata saya. Betapa kasih sayang seorang bapa.”

Iklan

“Abah dia dulu maybe orang-orang kerja bahagian prhubungan awam semua mesti perfect, takpun urusetia, tak pun floor manager. Terbaik abah.”

“Abah macam ni lau tunang ke suami nanti buat anak kesayangan dia, hambek kauu!! Best abah.”

“Sebab abahnya tau anaknya tu smua nak laju cepat… kena rehearsal dulu untuk jadi gadis Melayu ayu di majlis pertunangan.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.