Bekal pengantin baru ‘dibahan’ rakan, nota comel ‘jangan gatal, I love you’ jadi perhatian
MEMBAWA sendiri bekal ke tempat kerja lebih menjimatkan. Ramai memilih membawa makanan dari rumah kerana terjamin kebersihan, masa juga tidak perlu dibazirkan untuk membeli makanan di luar.
Bagaimanapun, amalan baik ini adakala menjadi ‘bahan' usikan orang sekeliling khususnya rakan sekerja.
Menerusi sebuah video yang tular di laman sosial TikTok, seorang pemuda membawa bekalan sarapan menjadi gurauan rakan-rakan.
“Sarapan pagi pengantin baru lain macam haha,” kongsi pengguna TikTok @yusrychow.
Video yang mendapat lebih 235,000 tanda suka dan 2.6 juta tontonan itu memaparkan bekas bekal yang diletakkan di dalam beg plastik.
Pemilik bekal yang juga rakannya kelihatan malu-malu dan cuba menyembunyikan bekas makanan yang dibawa.
Bekas berkenan turut ditampal nota manja yang menjadi bahan usikan dan perhatian warga maya. Pesanan ‘comel’ itu dipercayai ditampal isterinya.
Baca juga: Tenang jamah lauk dibekal isteri, lelaki 'dibahan' rakan, ramai puji suami terbaik
“Have a good day baby. Jangan gatal, I love you,” tulisnya.
Warga maya rata-rata tertarik dan memuji inisiatif wanita berkenaan yang ikhlas menyediakan makanan buat suami tercinta.
-”Saya lagi bangga kalau isteri tulis nota macam ini. Bukan senang untuk mendapat isteri yang begini. So sweet.”
-”Kalau saya akan bangga menunjukkan nota itu. Terbaik.”
-”Jangan gatal, amaran sudah keluar.”
-”Sahaja kawan-kawan mengusik. Apa pun memang sweet isterinya.”
-”Isteri saya selalu bekalkan nasi goreng. Dia masak biasa sahaja tetapi pengorbanan bangun awal pagi untuk sediakan tiu buat saya makin sayang.”
-“Jika isteri begini ceria hari-hari saya. Tidak kisah baharu atau lama, tetapi ia amat bermakna.”
- “Isteri yang limited edition.”
- “Pernah letak nota pada bekal suami. Sampai sekarang suami simpan, saya pula malu apabila dia tunjuk.”
Baca juga: Isteri bijak ‘bantu’ suami malu bawa bekal, tapau macam kedai
Air tangan isteri pengikat kasih sayang. Malah ia juga memberi peluang kepada ahli keluarga menikmati makanan yang berkhasiat.
Justeru para suami jangan malu untuk membawa bekal ke tempat kerja. Budaya ini wajar dijadikan amalan dan alternatif untuk menjimatkan perbelanjaan seharian dan kos sara hidup.
Menu bekal walaupun ringkas, ia memberikan kepuasan tersendiri. Walaupun hanya roti disapu serikaya atau nasi berlaukkan telur goreng, sudah cukup untuk mengalas perut.
Baca juga: Bekal Umar 'gi skul' suara latar video ibu siapkan bekal anak tarik perhatian
Sumber: TikTok @yusrychow
Kredit foto utama: Pexels
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang