CCTV dedah anak diabai diletak dalam bilik kosong. Ibu terkilan baby penuh kesan gigit, cakar, cubit buat luluh hati ramai

KISAH menyayat hati menimpa bayi berusia setahun sebulan menjadi mangsa dek diabaikan ketika di tadika menarik perhatian warga maya.

Perkongsian seorang ibu di laman sosial Facebook miliknya runtum hati ramai sehingga kini mendapat hampir 33,000 shares dan lebih 7,000 komen.

Wanita dikenali EL Ameerah itu mendedahkan anaknya menjadi mangsa gigit di sebuah taska seawal hari ketiga berada di tempat tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Januari lalu amat memberi kesan kepada bayi dan keluarga berkenaan.

“Selepas tiga bulan kumpul kekuatan dan sudah cuba macam-macam cara, saya rasa dah tiba masanya untuk saya disclose di sini apa yang terjadi kepada Maryam. Semoga menjadi pengajaran bagi semua pihak dan semoga Maryam mendapat pembelaan sewajarnya.

“Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. Hari pertama Maryam sangat gembira. Dia jalan sendiri masuk. Dia nampak sangat teruja sampai lupa nak babai ummi dan abah. Petang tu, abah ambil Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu.

“Ummi mula rasa tak sedap hati sebab di taska lama, Maryam selalu happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis atau nampak stres. Di taska lama, Maryam memang rapat dengan teacher dan mudah nak hand over pagi-pagi.

“Jadi di taska baru ni, bila Maryam cranky balik hari pertama tu, ummi mula-mula cuba nak bersangka baik. Mungkin Maryam take time nak sesuaikan diri tempat baru atau mungkin terlalu penat berjalan dan bermain. Plus, taska baru ni besar dan fasilitinya memang way better dari taska sebelum ni. Siap ada mini gym, indoor playground dan sebagainya.

“Hari kedua, ummi nekad nak ambil Maryam sendiri nak observe sendiri. Ummi berdiri kat pintu masuk dengan telefon untuk rekod reaksi Maryam. Memang obvious Maryam nampak sedih,” kongsinya.

Ujar wanita tersebut, ia bermula dengan ada kesan tompok merah pada pergelangan tangan si kecil itu.

“Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah could sense theres a red flag sign.

“Hari ketiga, ummi hantar Maryam macam biasa dan bagitau teacher pasal kesan kat pergelangan tangan.

Tiba-tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsApp gambar tangan Maryam ada kesan lebam dan luka-luka. Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”.

Baca juga Baru 3 hari hantar, bayi 4 bulan koma didera retak tempurung kepala! CCTV bukti hempas, goncang, pengasuh tak mengaku

“Ya ALLAH. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah. Terbayang keadaan Maryam yang tengah kesakitan. Ummi diam je dalam kereta sebab dalam kepala macam-macam benda fikir.

“Sampai je di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terkejut bila tengok rupa-rupanya bukan tangan kiri je ada luka dan lebam. Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan. Belakang tapak tangan ada kesan. Tangan kanan ada kesan gigitan.

“Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya ALLAH. Kesian sangat tengok Maryam masa tu. Abah ambil Maryam bawa ke kereta. Ummi masa tu tak tahu nak fikir apa dah. Rasa macam gelap sekejap dunia. Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian dan apa sebenarnya yang jadi,” tulisnya.

Apa yang sangat mengejutkan apabila wanita itu mendapati anaknya diletakkan di dalam sebuah bilik kosong.

“Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi sangka teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun). Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain.

“Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang. Masa teacher bukak pintu, ummi nampak ada empat lagi budak-budak dalam bilik tu. Terkejut sangat ummi tengok keadaan bilik tu. Bilik kecil yang kosong tak ada apa-apa.

“Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat because taska tu beraircond. Memang sejuk. Teacher pun pakai selipar. Tapi budak-budak dalam tu baring and duduk atas lantai sejuk! Ya ALLAH. Sampainya hati. Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai. Kalau lah budak-budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya ALLAH. Tak terbayang. Ummi terkejut sangat kenapa budak-budak ini diletakkan dalam bilik kosong!

“Ummi tanya teacher, ni bilik apa? Untuk apa bilik ni? Kenapa letak Maryam dengan budak-budak tu dalam bilik ni? Dah berapa jam budak-budak ni kena duduk dalam bilik ni?

“Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya ALLAH masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu. Teacher pun dah check temperature and other common SOP.

“Teacher simply jawab yang toddler (budak 1-2 tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur kerana kawasan baby bersebelahan dengan area toddler. Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap je sementara tunggu ibu bapa sampai waktu petang. Sekejap je kata teacher,” katanya.

Baca juga 18 tulang rusuk, dua kaki patah, kepala lebam digoncang, bayi 10 minggu maut angkara ibu sendiri

Kredit foto: Lisa Fotios

Bagaimanapun apabila melihat rakaman CCTV, situasi lebih mengejutkan berlaku pada anaknya itu.

“Bila ummi tengok CCTV, rupa-rupanya Maryam and 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu sejak pagi. Astaghfirullah. Remuk hati ummi. Dalam CCTV tu, ummi tengok budak-budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal! Ya ALLAH. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher why? Kenapa tergamak?

“Berdasarkan siasatan polis, teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali! Dan tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak-budak dalam bilik tu. Ada satu masa tu teacher tinggalkan toddler with handphone yang diletakkan atas air purifier.

Iklan

“Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak-budak dalam bilik tu, ada budak lain gigit and cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena attack tiga hingga empat kali. Tak lama lepas tu, teacher sekali lagi keluar dari bilik isolasi dan tinggalkan budak-budak tanpa pengawasan!

“So what do you expect? Habis Maryam kena serang lagi dengan budak-budak tadi. This time sampai enam kali serangan gigit and cubit! Dalam CCTV, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Mungkin Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni! Pergi ambik minyak rambut?” kongsinya.

Ujarnya lagi, sehingga ke hari ini dia dan suami masih tertanya-tanya agaknya berapa kali anak kecil itu ditinggalkan tanpa pengawasan sehingga cedera sebegitu.

Pada malam kejadian, si kecil itu menangis-nangis mungkin sakit dan trauma dengan kejadian menimpa.

“Tiba-tiba malam tu, bila dah selesai buat report di balai polis, sampai je kat rumah, hidung Maryam berdarah. Ummi dan abah cepat-cepat bawa Maryam ke hospital. Buat x-ray skull and nasal bone. Keesokannya, Maryam referred to ENT untuk further investigation.

“And Maryam was referred to child psychiatry sebab Maryam jadi susah nak tidur, senang terjaga malam, menangis dengan kuat dan ada beberapa kali cuba nak gigit abang-abang dia. Sehingga Mei nanti masih ada follow-up dengan pakar. Kesian sangat kat anak ummi. Dalam sehari je berlaku semua ni.

“Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk fight for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap. Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka advise utk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi. Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai ibu bapa yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan reda.

“Ummi dan abah tahu perjuangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zalim mendapat balasan setimpal. Yes, I know ramai parents di luar sana yang senasib dengan dengan kami. Mohon doakan kami kuat sehingga ke garisan akhir. We believe that the truth will ultimately prevails. Insya-ALLAH. Maryam surely akan sembuh dari semua ni insyaAllah. Tetapi luka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya.

“Terima kasih atas doa-doa dan sokongan. Buat masa ini saya dinasihatkan untuk tak reveal nama dan lokasi taska. Namun, bila dah dibawa ke mahkamah nanti, tiada apa lagi yang boleh disorok dari pengetahuan umum. Saya dan suami dah cuba pelbagai usaha dan ini ikhtiar kami yang terakhir supaya kami tak menyerah kalah di pertengahan jalan. Perjuangan ini baru sahaja bermula. Dan ia tak mudah.

“Dari awal ia tak mudah. Dengan rendah hati, kami mohon sokongan dan doa yang berterusan. Saya dan suami bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal undang-undang. Jadi dengan rendah hati kami mohon sekiranya kalian ada apa-apa cadangan atau bantuan, boleh DM saya utk kita brainstorm sama-sama,” pesannya.

Iklan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dan luluh dengan kejadian yang menimpa. Mereka turut menyokong sepenuhnya perjuangan wanita itu menuntut keadilan buat anak-anak yang ibu ayah terpaksa menghantar ke taska atau pengasuh.

Sementara itu, hello doktor ada memberi tip mengenal pasti tanda-tanda jika bayi anda mengalami penderaan baik dari segi fizikal, mental mahupun seksual.

Penderaan fizikal;

  • Menangis dan meragam apabila ingin dihantar ke rumah pengasuh atau nurseri. Kadangkala anak anda akan menunjukkan ketakutan apabila berada dekat dengan pengasuh atau orang dewasa lain.
  • Menunjukkan perubahan mengejut pada tingkah laku atau prestasi mereka di pusat jagaan kanak-kanak atau sekolah.
  • Pulang ke rumah dengan kesan lebam, bengkak, luka, patah tulang, tulang patah, mata lebam, kesan gigitan atau lain-lain kecederaan. Kecederaan berulang juga adalah salah satu tanda amaran yang perlu anda perhatikan. Jika bayi anda masih belum berjalan atau sedang bertatih untuk berjalan, anda perlu perhatikan sebarang kecederaan seperti patah tulang rusuk ataupun lebam kerana ini mungkin tanda-tanda dia didera.

Penderaan emosi;

  • Menunjukkan masalah atau perubahan tingkah laku seperti mengelakkan perhatian ibu bapa atau melekap keterlaluan. Kanak-kanak yang didera selalunya menunjukkan tingkah laku yang melampau. Kanak-kanak yang biasanya aktif akan menjadi pasif, sementara yang selalu berkelakuan biasa mungkin akan bertindak agresif.
  • Kurang bercakap atau tidak mahu bercakap langsung, atau menunjukkan tanda-tanda masalah pertuturan, seperti gagap.
  • Mengadu sakit kepala atau sakit perut tanpa sebab. Dia mungkin akan hilang selera makan.
  • Menunjukkan ketakutan seperti mengalami mimpi ngeri atau sukar untuk tidur.
Kredit foto: Rene Asmussen

Penderaan seksual;

  • Kesakitan, kegatalan, pendarahan, atau kesan lebam dalam atau sekeliling bahagian kemaluan.
  • Mengalami kesukaran untuk berdiri atau duduk, berkemungkinan disebabkan sakit pada alat kelamin atau dubur.
  • Menunjukkan keinginan untuk tahu mengenai seksual atau kelakuan yang melampaui umurnya (sikap ingin tahu berlebihan tentang seks, atau menunjukkan tingkah laku menggoda terhadap rakan sebaya atau orang dewasa.)
  • Menjadi seorang yang perahsia atau suka bersendirian pada kebanyakan masa.

Sindrom Goncang Bayi (SBS);

Kecederaan goncang bayi selalunya berlaku pada bayi usia setahun ke bawah dan adakalanya sindrom ini berlaku pada kanak-kanak sehingga usia 5 tahun.

  • Mengalami mata berkaca, tubuhnya kelihatan mengeras, lemah dan meragam. Kehilangan selera makan, mengalami kesukaran untuk makan atau muntah. Jika bayi anda mengalami simptom-simptom ini dengan kesan lebam yang sukar dijelaskan, ini adalah petunjuk yang kuat kepada tanda-tanda penderaan.
  • Dalam kes yang teruk, bayi anda mungkin tidak boleh fokus pada objek atau mengangkat kepala. Bayi juga boleh jadi tidak sedarkan diri, sukar untuk bernafas, mengalami sawan ataupun mungkin mendapat koma.

Jika anda mengesyaki si kecil anda mengalami SBS, segera bawa anak anda ke hospital untuk rawatan sebagai langkah segera membantu menyelamatkan si kecil.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.