PENANGAN wabak Covid-19 membuatkan ramai yang mengambil pendekatan untuk membayar barangan yang dibeli menggunakan kad automated teller machine (ATM) bagi mengelakkan sentuhan.

Pendekatan cashless itu dilihat lebih mudah dan selamat.

Pun begitu, pernah tak anda berdepan dengan situasi yang melucukan ketika mahu membayar di kaunter bayaran?

Antaranya seperti tidak cukup baki dalam akaun, terlupa password dan ada yang sorok-sorok tekan pin sebab tak mahu orang nampak.

Perkongsian seorang pemuda, Rusydi Rosli dalam akaun TikTok membuatkan ramai yang mengakui kejadian seumpama itu sering berlaku di kaunter-kaunter pembayaran.

Dalam gelagat pertama yang dimuat naik, pemuda itu menunjukkan jenis pelanggan yang berpandangan jauh.

 pelanggan kaunter bayaran

Memang ‘jauh’ pandangan itu sampaikan tempat untuk wave kad pun tersalah tempat. Aduhai.

Ragam kedua pula pelanggan kluster kayangan. Banyak kad ATM ditayangkan dan susah nak pilih mana satu untuk digunakan bagi membayar barangan yang dibeli.

Gelagat yang ketiga pula, pelanggan suka main salai-salai kad. Hahaha. Pernah juga berdepan dengan situasi ini, nasib baiklah juruwang jenis penyabar.

Ada lagi situasi melucukan dikongsikan dalam video pendek tersebut yang menerima lebih 224,000 tontonan.

@rusydi.official♬ original sound – Rusydi Rosli

Rata-rata pengguna Tiktok yang mengikuti video pendek yang dikongsikan itu sangat bersetuju dengan tujuh situasi yang dilakonkan semula tersebut.

Gaya bersahaja pemuda tersebut menunjukkan ragam pelanggan ketika membayar barangan di kaunter membuatkan ramai geli hati.

Mana tidaknya, semua insiden lucu tersebut relatable dengan situasi sering dihadapi juruwang.

 pelanggan kaunter bayaran

Belum siap proses, pelanggan sudah tarik kad. Pening mesin tu…

Iklan

 pelanggan kaunter bayaran

Ada juga pelanggan tak cukup duit dalam akaun.

 pelanggan kaunter bayaran

Ada juga yang pernah tersilap kad ATM dengan kad Watsons.

 pelanggan kaunter bayaran

Iklan

Tak kurang juga berkongsi pengalaman blur depan kaunter.

 pelanggan kaunter bayaran

Barangkali sudah berpengalaman berdepan situasi sama hari-hari, ramai juruwang sudah lali dengan ‘perangai’ pelanggan yang pelbagai.

Ada tak di antara tujuh situasi itu terkena pada diri sendiri tak? Jangan tipu, mesti ada kan? 😁

Apapun, yang penting jangan lupa patuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan ya! #kitajagakita #kitalaluibersama