KITA sentiasa digalakkan melakukan kebaikan tanpa mengira latar belakang, status, kaum ataupun agama.

Sikap murni sedemikian secara tidak langsung mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Justeru, dalam hidup berjiran dan bermasyarakat kita juga dituntut untuk peka sekiranya orang di sekeliling khususnya mereka yang terjejas pendapatan memerlukan bantuan.

Bantuan bukan saja dalam bentuk wang ringgit dan barangan, malah membantu memudahkan urusan, mengambil berat, menzahirkan simpati dan prihtin juga boleh meringankan beban orang lain.

Baru-baru ini tular di laman sosial kelibat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal turun padang bersama orang ramai dalam satu misi bantuan.

Sikap prihatin beliau yang mesra disapa Tuan Nik Ezanee itu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.

Biarpun sering menegaskan bahawa segala tindakan dan bantuan yang dilakukan adalah tanggungjawab dan amanah beliau, namun namanya tetap menjadi tumpuan pihak media.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Syahril A Kadir, beliau memaparkan kepingan foto Nik Ezanee sedang menyumbangkan bantuan barangan asas kepada penduduk yang tidak berkemampuan di satu kawasan perumahan.

“Lama tak dengar cerita Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee kita. Tup tup tadi muncul di kawasan perumahan saya bagi bantuan barangan asas pada penduduk yang tidak berkemampuan.

“Media seorang pun tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup WhatsApp kejiranan kami,” tulisnya.

Syahril turut berasa kagum terhadap Nik Ezanee kerana sanggup turun padang walaupun beliau merupakan anggota polis berpangkat tinggi.

“Jarang Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (OCCI) yang pangkat keris bersilang bagai atas bahu, boleh buat benda-benda macam ni. Luar biasa,” ujarnya.

"Media tak dipanggil. Ni pun penduduk letak dalam grup WhatsApp kejiranan"- Nik Ezanee 'senyap-senyap' turun padang hulur bantuan

Iklan

Bukan itu sahaja, Nik Ezanee juga sempat meninggalkan komen pada posting Syahril dan menasihati orang ramai agar sentiasa melakukan kebaikan dalam hidup. Tulis beliau:

“Setiap hari kita mempunyai pilihan. Sama ada nak marah atau sayang, nak bersatu atau bergaduh sesama sendiri, nak frust atau jadi sumber inspirasi, nak pentingkan diri atau memberi, nak berpeluk tubuh atau bangun dan buat sesuatu.

“Kadang-kadang susah nak pilih. Dunia ni kompleks. Pilihlah kebaikan.. InsyaALLAH, akan dipermudahkan.”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian mulia beliau. Bahkan, ada mendoakan agar beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara suatu hari nanti.

Iklan

Baca juga Sukan Olimpik Tokyo: Goh Liu Ying idam pingat tanpa kira warna

Komen warga maya:

“Nik Ezanee ni memang ‘luar biasa’ karektornya. Hebat!.”

“Bakal ketua polis negara satu hari nanti…”

“Alhamdulillah dan terbaik pada Tuan Nik Ezanee semoga menjadi pada pegawai-pegawai polis yang lain turut serta dalam program macam ini. Semoga jasa Tuan Nik Ezanee disenangi rakyat dan hanya ALLAH SWT saja yang dapat membalas jasa tuan.”

“Orang terpilih je abam…Semoga beliau terus istiqomah dalam membuat kebaikan. Semoga ALLAH membalas segala kebaikan Tuan Ezzani.”

“Tahniah tuan Nik Ezanee! Anda di hati rakyat. Respect tuan.”