SEBAGAI tindak balas terhadap peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19, Clorox Malaysia mengambil inisiatif menzahirkan sokongan dengan memberi sumbangan kepada dua pusat kesihatan awam utama merawat pesakit COVID-19 iaitu Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sumbangan turut diberikan kepada badan bukan kerajaan, MERCY Malaysia.

Clorox antara lain menyumbang sebanyak RM80,000 dalam bentuk produk seperti peluntur Clorox (Clorox Bleach) dan penyembur pembersih pelbagai guna Clorox (Clorox All Purpose Cleaner Spray) yang dimanfaatkan bagi mengekang penyebaran virus.

Selain itu, tisu pembasmi kuman Clorox (Clorox Expert Disinfecting Wipes) untuk kegunaan harian petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat ke premis-premis berkenaan.

 

Pengarah Jualan & Pemasaran Clorox Asia Tenggara, Paulo M Lao berkata, pembersihan dan disinfeksi amat penting dalam mengurangkan penyebaran Covid-19, khususnya di fasiliti perubatan yang berisiko tinggi dalam menyebarkan jangkitan daripada pesakit kepada individu yang sihat.

Disinfeksi atas permukaan keras perlu dilaksanakan dengan kerap dan amaun produk yang diperlukan setiap hari juga sangat tinggi, kata Lao dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

“Bekalan produk menyahjangkit dan pembersihan di hospital sangat diperlukan. Justeru, Clorox Malaysia menyediakan sokongan yang diperlukan kerana kami amat menghargai usaha berterusan pihak Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Mercy Malaysia dalam menangani pandemik ini.

Kami amat berbesar hati kerana produk-produk kami dapat membantu dalam membersih dan disinfeksi fasiliti mereka secara berkesan, selain turut dimanfaatkan petugas barisan hadapan, pesakit dan pelawat bagi persekitaran yang lebih selamat kerana Clorox percaya bahawa kebersihan amat penting,” katanya.

Beliau menambah, ujian yang dilaksanakan oleh pihak ketiga telah mengesahkan keberkesanan beberapa produk disinfeksi utama Clorox terhadap varian SARS-CoV-2 termasuk Varian of Concern (VOC) Alpha (UK) dan Beta (Afrika Selatan).

“Keputusan ini adalah seiring dengan pemakluman Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat yang menyatakan perubahan genetik virus tersebut tidak akan memberi impak terhadap keberkesanan produk disinfeksi.

Iklan

Ia juga memaklumkan bahawa kesemua produk disinfeksi yang telah diiktiraf untuk membunuh SARS-CoV-2 turut mampu membunuh varian baharu virus tersebut,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Clorox Malaysia https://www.cloroxmalaysia.com atau ikuti laman media sosial Clorox Malaysia https://www.facebook.com/CloroxMalaysia/ dan https://www.instagram.com/cloroxmalaysia//

Penafian: Produk pembersihan dan disinfeksi Clorox tidak sesuai untuk pengambilan atau suntikan dalam sebarang situasi. Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa membaca label bagi mengetahui cara penggunaan produk yang betul.