PEREKA fesyen tersohor, Rizman Nordin berkongsi berita gembira apabila isteri, Nurida Suraya selamat melahirkan puteri kedua mereka.

Selamat dilahirkan pada 22 Mac lalu, si comel itu diberikan nama yang cukup menawan yang bermula dengan pangkal R seperti anak sulung.

“Bismillahirahmanirahhim, dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan pemilik sekian alam. Alhamdulillah, 11 Ramadan telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, Princess Rainaa.

“Rainaa bermaksud puteri yang cantik, malam, keamanan dan ratu.

“Semoga Rainaa menjadi anak solehah yang menjaga akhlak,menurut perintah ibu bapa. Juga menjadi kebanggaan agama insya-ALLAH serta menghuni syurga ALLAH yang abadi,” titip Rizman.

Baca juga:’Saya ibarat ada 2 watak, isteri Rizman dan…’ Nurida Suraya akui selesa, tak penat sentiasa tampil cantik

Baca juga: ‘Pakaian saya, anak semua ditentukan suami, kami cuma gayakan sahaja’

Warga maya turut berkongsi kegembiraan mengucapkan tahniah dan menitipkan doa agar si kecil itu membesar dengan sihat.

Tidak kurang juga mengatakan kedua-dua puteri Rizman memiliki rupa yang sangat seiras. Ujar mereka:

– “Alhamdullillah, tahniah Rizman. Anak solehah menjadi penyejuk mata dan hati ayah bonda.”

– “Wow seorang lagi permaisuri.Cantiknya macam Rizqaa juga.”

– “Ingatkan Rizqa! Congratulations Nurida and Rizman.”

– “Masya-ALLAH tabarakallah, comel sangat. Princess Hindustan ni, secantik mommy.”

– “Copy paste Rizqaa, comelnya! Assalamulaikum Raniaa baby girl.”

Iklan

Baca juga: ‘Birthday mummy, daddy dapat hadiah.’ Isteri kini hamil, pereka fesyen Rizman Nordin bakal sambut anak kedua

Baca juga:’Untung Daddy pereka Fesyen.’ Sambut birthday Anak perempuan yang  ke-2, Rizman Reka khas baju tema barbie

Terdahulu, pereka berusia 39 tahun itu berkongsi berita kehamilan isteri ketika usia kandungan menginjak trimester kedua pada November tahun lalu.

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Iklan

Perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Rizqaa Ruzaini yang kini berusia empat tahun.

Baca juga: ‘Harga marhaen, kualiti terpelihara.’ Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!