DOA adalah senjata orang mukmin. Bagaimanapun, perbuatan seorang lelaki dipercayai pegawai jabatan agama yang mendoakan agar dikurniakan lebih ramai isteri tular di laman sosial mengundang pertikaian warganet.

Perkongsian video menerusi Twitter @RajaMohdShahrim memaparkan seorang lelaki yang membacakan doa di dalam sebuah majlis agar diberikan rezeki yang mencurah bagi melayari bahtera kehidupan dan membolehkan menambah isteri lebih daripada seorang.

Malah lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut memohon kepada ALLAH agar jabatan berkenaan menjadi yang terbaik dan melahirkan suami yang paling ramai poligami.

Baca juga: Tiada istilah &payung emasuntuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Baca juga: Jangan sombong, berdoalah hanya ALLAH SWT mampu memenuhi kehendak manusia

Rakaman video berdurasi 44 saat itu menerima pelbagai reaksi warga maya. Ujar mereka:

Rata-rata warganet mempersoalkan tindakan pegawai itu yang dikatakan tidak sensitif dalam isu poligami dan kecewa ia dibacakan di dalam sebuah majlis.

– “Kenapa doa formal macam ni. Latihan yang dianjurkan selalu ada gurauan begini ketika permulaan, terutamanya jika ada peserta perempuan bujang, membosankan.”

– “Seorang pun sudah pening kepala, biarlah saya tidak aminkan doa bahagian tambah lagi satu ini. Ada rezeki lebih biarlah saya bahagia kan puteri hati iaitu emak saya yg sanggup melukakan tubuhnya badan untuk melahirkan dan memberi susu badan hingga tulangnya menjadi reput dan lemah.”

– “Lebih baik doakan keselamatan orang ramai pada musim monsun ini.”

– “Ingatkan babak dalam drama komedi tadi. Aduhai.”

– “Jika hendak beristeri lagi, mintalah izin isteri dulu bukan terus doa di hadapan orang ramai.”

Baca juga: Suami mahu berpoligami tak perlu kebenaran isteri pertama? Ini penjelasan peguam

Iklan
Kredit foto: Pexels (Thirdman)

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ( Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail ketika diminta mengulas berhubung isu tersebut berkata, pihaknya maklum mengenai video tular bacaan doa di salah sebuah program tertutup anjuran jabatan baru-baru ini.

Menurutnya, siasatan mendapati bacaan doa tersebut adalah di luar daripada teks doa yang telah ditetapkan pihak penganjur.

Difahamkan nasihat dan teguran telah diberikan terhadap pegawai berkenaan yang merupakan Ketua Imam di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan agar mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.

Beliau berkata, Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugasan agar imej institusi Islam sentiasa terpelihara.

Baca juga: Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

Iklan

Baca juga: Jangan lepaskan peluang berdoa pada hari Jumaat, ini sebabnya

Sumber: Twitter RMS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi