PERKONGSIAN wanita yang juga pesakit kanser bernama Zeeda Aziz  cukup berinspirasi dan wajar dicontohi.

Status Orang Kelainan Upaya (OKU) bukan penghalang untuk wanita hebat ini mengejar kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

Kuatnya beliau apabila diduga selepas kakinya terpaksa dibuang. Kecacatan fizikal itu membuatkan dirinya lebih gigih untuk terus melangkah ke hadapan.

“Saya adalah pemandiri kanser tulang (Osteosarcoma Proximal Tibia). Penyakit tersebut menyebabkan kaki saya terpaksa dibuang dan terpaksa memakai kaki palsu.

Baca ni Disahkan hidap kanser, Raja Charles III tetap positif, kini mulakan rawatan pesakit luar

zeeda

“Bertahun saya berumah di wad. Lebih dari 10 kali saya berbaring di atas katil pembedahan. Dua kali saya ‘intubated’ kerana anaphylactic shock ketika pembedahan. Beratus kali lengan ini dicucuk, kulit ini dilapah,” kongsinya.

Empunya diri turut mendedahkan beliau juga pemandiri High Functioning Depression dan masih dalam usaha mengawal emosi supaya tidak relapse.
Selain itu, ibu kepada empat cahaya mata itu turut memberitahu, anak sulungnya autistik sementara yang bongsu pula ADHD (attention deficit hyperactivity disorder).

CABAR DIRI SENDIRI

Apa yang membuatkan penulis kagum, beliau cukup positif dan kuat semangat.

“Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yang sayangkan saya menangis.

“Mereka menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dan sebagainya.

Baca juga Tergamaknya! Suami sanggup lafazkan talak lepas isteri hilang sebelah payudara, halang dapatkan rawatan kanser

zeeda 3

“Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yang dua kaki buat,” dedahnya.

Pada masa sama, beliau bersedia andai insan tersayang bergelar suami enggan lagi hidup bersama dengan situasi dirinya itu.

“Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide untuk angkat kaki (Thank God we are still happily married”. Saya faham jika tak ada majikan nak menggajikan saya. Pandai- pandailah saya nak survive nanti.

“Disebabkan itu, saya memberanikan diri melangkah ke dunia bisnes. Saya buat perniagaan e-dagang di Shopee dari tahun 2019 – 2023.

“Awalnya memang sendu. Julan bulan pertama cuma satu order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan kedua, dapat tujuh pesanan. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.

Baca lagi Bergenang air mata baca kisah Adik. Menderita kanser tulang, doktor maklum tiada jalan lain nak sembuh

zeeda 2

“Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. Lapan orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya,” ujarnya yang mengakui cukup sayu hati melihat barangan yang dijual tidak menjadi.

Pun demikian beliau tidak putus asa.
“Jadi, saya Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.

“Saya belajar lagi dengan mendalami ilmu asas berniaga. Pada masa sama, saya tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi . Jadi akal yang masih berfungsi ni, guna secukupnya.

“Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier,” ujar beliau yang akhirnya bersyukur kerana mampu mencapai jualan sehingga empat angka setiap hari.

Baca juga Dugaan bertimpa selepas hilang suami, Cikgu Melor disahkan derita kanser payudara tahap 3. Ini luahan pilu wanita itu

 

Iklan

USAH MARAH DENGAN TAKDIR

Bayangkan dalam kesulitan melangkah yang berbekalkan topang di ketiak, ke sana ke mari wanita kuat itu mencari barang untuk dijual.
“Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan-lahan. Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak .

“Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai-pandai lah imbang badan supaya tak salah bearing.

“Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ini mampu memberikan saya modal untuk dapat rehat yabg baik bila dah tua nanti,” ungkap wanita berusia 45 tahun itu.

Baca juga Tahniah! Sharifah Amani dan suami kongsi berita gembira, bakal timang anak sulung

zeeda 1

Dalam pada itu, usahlah marah dengan takdir. Kata Zeeda, takdir hidup masing-masing sudah tertulis di Lauh Mahfudz.

“Saya tak marah bila ALLAH uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila DIA ambil semula sebahagian dari tubuh badan ini. Itu takdir saya.

Iklan

“Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga ALLAH beri kekuatan berganda dari setiap ujian yang datang kepada saya.

“Kaki ku hanya tinggal satu Ya ALLAH, tapi berilah kelajuannya bergerak empat kali ganda dari masa ada dua kaki. Aamiin.” ungkapnya.

Wanita berhati waja itu kini aktif dalam Shopee Affiliate bermula dari 2023 sehingga kini.

Baca lagi Siti Nordiana selesa hidup solo, fokus anak & kerjaya. ‘Layan macam kawan, Rayyan selalu tenangkan saya.’

Sumber: Facebook Zeeda Aziz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang