Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak
Ibu pergi jua, pelajar cemerlang 11A SPM 2022 kini yatim piatu buat warganet sebak
SEMPAT berkongsi kegembiraan selepas menerima keputusan cemerlang 11A dalam peperiksaan anak bongsu, Muhammad Shahril Saidi, 18, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu.
Warganet yang mengikuti perkembangan kisah kecemerlangan Muhammad Shahril turut hiba mengetahui berita memilukan itu.
- "Innalillahi wainnailaihi rojiun.. Salam takziah utk keluarga. Moga anak cekal hadapi dugaan dan menjadi anak soleh dan bahagia di dunia akhirat.”
- “ALLAH lebih menyayangi arwah ibu. Semoga terus kuat ya adik Muhammad Shahril!”
- “Arwah tunggu keputusan anaknya kemudian baru pergi buat selamanya. Salam takziah.”
- “Hingga ke penghujung nyawa ibumu mahu kamu jaga kebajikanya. Anak yang hebat dan soleh. Beruntungnya ibumu punya ank seperti kamu anak. Innalillahiwainnailaihirojiun.”
Pemergian Allahyarham Tuan Faridah disahkan oleh Penghulu Mukim Kandis, Bachok, Kelantan, Razali Yasod yang mendapat tahu berita kematian ibu pelajar itu sekitar pukul 8 malam, hari Sabtu.
“Jenazah akan disolatkan di sini sebelum dikebumikan di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah pagi ini.
“Ketika ini saya masih berada di rumah Muhammad Shahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain,” ujarnya.
Baca juga: Berkat jaga ibu sakit, mandikan sebelum pergi & balik sekolah, remaja anak yatim raih 11A SPM
Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Iman, Noor Ruziana Ismail turut mengesahkan perkara tersebut.
Beliau mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu daripada guru yang berada di rumah Muhammad Shahril.
"Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Pondok Moden pada pukul 10 pagi Ahad," ujarnya.
Baru-baru ini SinarPlus pernah berkongsi kisah kecemerlangan Muhammad Shahril yang meraih 11A dalam peperiksaan SPM 2022 menganggap keputusan itu mungkin rezekinya yang mengutamakan ibunya dalam rutin harian.
Baca juga: Kayuh basikal sejauh 31KM demi melawat ibu sakit
Dalam melalui rutin sebagai pelajar, anak muda yang telah kematian bapa itu tidak lupa menjalankan tanggungjawab menjaga Tuan Faridah yang terlantar akibat sakit saraf sejak empat tahun lalu sebelum dan selepas pulang dari sekolah.
“Saya dan adik beradik lain mengambil tanggungjawab menjaga ibu sejak dia sakit.
“Rutin setiap pagi saya adalah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.
“Tiada apa yang mengubah rutin hidup saya walaupun ketika ibu sedang sakit kerana saya memang suka berada di rumah menemaninya.
“Selain itu, seorang kakak saya, Noor Syahida, 25, yang sentiasa menjaga ibu di rumah,” ujarnya.
Anak bongsu daripada enam beradik yang meraih A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al Islamiah dan Al Adab Wal Al-Balaghah manakala A untuk Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Syariah dan Al-Lughah Al Arabiah Al-Muasirah itu kini sedang melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam Rendah di Maahad Yakubiah, Bachok.
Baca juga: Anak sulung raih 9A SPM 2022, Menteri Pendidikan peluk, ucap tahniah
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Sinar Bestari
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang