Kekal bertahan sepanjang PKP dengan jualan sabun dan sanitizer, usaha gigih Nurul Hassrah jadi inspirasi

A
A
A

TIDAK sanggup membiarkan anak yang masih kecil berpanas dan berhujan setiap kali berniaga sabun di tepi jalan, Nurul Hassrah Mohd Khori bersama suaminya bangkit untuk melakukan satu perubahan besar dalam hidup mereka.

Suri hati kepada Mohd Hafiz Arbaee itu berkata, tekanan kos sara hidup dan masalah kewangan ketika itu mendorong mereka melangkah lebih jauh walaupun memerlukan pengorbanan cukup besar.

Bermula daripada seorang kelindan lori, Nurul Hassrah yang berpengalaman sebagai pengedar sabun selama sembilan tahun cuba untuk memperkenalkan jenama cecair pencuci sendiri yang dinamakan Dolive.

Siapa sangka, usaha keras ibu kepada lima cahaya mata itu membuahkan hasil apabila label tersebut sudah dikenali hingga pelosok negeri dan berjaya menembusi pasaran Singapura dan Brunei.

Usahawan berusia 32 tahun berkenaan ketika dihubungi berkata, jika tidak mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil berdepan kesusahan, mana mungkin beliau boleh berjaya seperti apa yang dicapai pada hari ini.

nurul hassrah sabun

"Saya masih ingat, dulu terpaksa bawa anak-anak sekali setiap kali berjualan. Berniaga dari siang hingga ke malam dan terpaksa berhujan panas bersama.

Baca juga Bangkit daripada kegagalan, bekas pekerja bank & jurusolek kini miliki empayar kosmetik sendiri, HAUS Cosmetics

"Masa itu, saya terfikir sampai bila mahu begini? Masa itu kami struggle dengan masalah 'main harga' dan macam-macam lagi. Penat lelah kami naikkan nama jenama tapi bila berlaku isu harga, memang susah nak berkembang," ceritanya.

CABARAN

Dengan duit simpanan yang ada, pasangan suami isteri itu membina empayar perniagaan sendiri sejak tahun 2018 dan pastinya, semua cabaran yang dilalui bukan mudah untuk dihadapi.

nurul hassrah sabun

Akui pemilik Fresh Expert Sdn Bhd itu, beliau sendiri hampir berputus asa apabila gagal mencari formula terbaik untuk menghasilkan produk pencuci yang lain daripada lain.

Baca juga Eksekutif akaun kini pengusaha bakeri, 9 tahun Norliyana cipta nama Dinda Delights hingga dikenali

"Dalam tempoh tahun pertama itu, kami fokus untuk proses penyelidikan dan pembangunan produk (R&D) dan ia tidak senang. Simpanan pun semakin menipis dan memang rasa nak berhenti di tengah jalan.

nurul hassrah sabun

"Namun masa itu, saya hanya berserah sepenuhnya kepada ALLAH. Kebetulan pula saya baru balik dari Makkah dan kebetulan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama, produk sanitizer kami laku keras," ujarnya.

nurul hassrah sabun

Bermula daripada detik itu, jenama Dolive mula dikenali dan menerima tempahan lebih 100,000 unit sebulan.

Tidak mahu para wanita terus dibelenggu masalah kewangan, Nurul Hassrah turut mengajak mereka untuk bersama menjana pendapatan dengan jualan sabun keluaran Bumiputera.

Berkongsi kata-kata semangat kepada SinarPlus, usahanita tersebut mahu para wanita keluar daripada kepompong kemiskinan dengan berniaga.

nurul hassrah sabun

"Saya akan bantu daripada zero untuk mereka berjaya. Malah, kebanyakan ejen kami rata- ratanya berumur 40 hingga 60 tahun semuanya daripada tak pandai bertiktok, kini mereka sudah pandai berjualan.

Baca juga ‘Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.’ Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

"Pengalaman perit sebelum ini membuatkan saya faham keadaan mereka dan selagi mereka mahu berubah, saya sedia membantu," katanya penuh semangat.

nurul hassrah sabun

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca