KERAP pitam dan rasa melayang, demikian pengalaman yang dirasai isteri kepada pendakwah bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau PU Abu iaitu Ain Afini.

Memiliki dua cahaya mata, Ain Afini yang senang disapa Ain langsung tidak menjangka simptom dialami adalah tanda kehamilan.

Tidak menyedari kehadiran si kecil dalam kandungan, wanita itu berkongsi mengalami aliran haid yang banyak selama tiga bulan ketika menggunakan alat pencegah kehamilan ‘intrauterine contraceptive device’ atau IUCD.

Baca juga: Datang haid, makan pil perancang tetapi wanita ini hamil, berikut 8 info pendarahan sewaktu mengandung

Baca juga: Bukan semua pendarahan ketika hamil petanda keguguran. Ini antara sebab-sebabnya

 

“Perjalanan kehamilan dengan IUCD, simpan sini sebab masih ada yang bertanya. Adakah saya mengalami kitaran haid selama tiga bulan dan tidak tahu kandungan itu?

“Jawapanya ya dan saya telah menngetahuinya selepas membuat pemeriksaan kerana selalu hendak pitam. Saya mengagak ia mungkin disebabkan oleh “heavy period.”

“Tetapi ia sebenarnya bukan haid tetapi pendarahan disebabkan oleh IUCD dan keadaan bayi,” jelas Ain.

 

Katanya rasa ‘melayang’ hendak pitam berlaku pada Jun lalu. Dunia dirasakan gelap seketika.

“Pada suatu hari saya tengah menyediakan sarapan pagi dan badan jatuh. Sedar lagi masa tu cuma gelap sekejap. Dalam hati merasakan ia berlaku kerana darah rendah, kurang makan atau rehat. Cuba makan makanan manis dan ubat juga tidak ‘jalan’, seharian rasa baring (melepet) kerana apabila bangun akan rasa melayang,” kongsi Ain.

Baca juga: Penting rancang keluarga, hamil apabila sudah bersedia sahaja – Dr Fatin Liyana

Ibu kepada Muhammad Adam Asyar dan Muhammad Aryan ‘Afi berkongsi momen kali kedua rasa hendak pitam berlaku ketika memandu. Bagaimanapun pemeriksaan doktor mendapati Ain mengalami darah rendah dan dibekalkan ubat.

Bagaimanapun cara tersebut langsung tidak berkesan sehinggalah bertemu janji dengan doktor di klinik untuk alat kontraseptif itu.

 

“Kebetulan masa masa ada pemeriksaan dengan doktor untuk IUCD, saya ceritakan kepada doktor apa yang terjadi selepas menggunakan alat itu semasa pantang. Kitaran haid teratur cuma banyak daripada kebiasaan. Jadi saya mengganggap ia adalah disebabkan oleh IUCD.

“Doktor mengambil sampel darah untuk mencari puncanya dan keputusannya membuatkan saya menangis. Saya diberitahu mungkin ada risiko kanser tiroid kerana bacaan keputusan ujian darah itu. Doktor juga menasihatkan agar IUCD dibuang dan kes mesti dirujugk ke hospital terus,” jelas Ain.

Baca juga: Haid normal 7 hari, ini 9 punca jika pendarahan lebih 15 hari

 

Bagaimanapun wanita itu mempunyai gerak hati lain dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Beliau cuba bersangkan baik dan firasatnya mengatakan rasa hendak pitam itu berlainan punca.

“Punyalah bersangka baik tidak sakit, saya beli alat penguji kehamilan dan bila uji sekali keluar garis dua (double line). Tidak percaya pula kerana haid juga tepat masanya. Esoknya saya uji lagi dan keputusannya sama.

“Abi (PU Abu) tiada jadi saya rahsiakan dahulu. Pada minggu hadapannya saya ke klinik dan buat ujian imbasan untuk mengetahui dengan jelas. Ya, saya didapati hamil tetapi sudah tiga bulan lebih dan saya tidak bersedia,” jelas Ain.

Katanya, beliau tidak bersedia untuk hamil lagi tetapi bukannya tidak bersyukur. Semuanya kerana tiga sebab termasuk PU Abu yang kini sedang bekerja di Madinah, sedang merancang untuk berpindah ke Kuantan dan menyambung pengajian.

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

“ALLAH berikan rezeki anak pada waktu banyak perkara besar terjadi, jadi mesti ada hikmah. Terpaksa lepaskan tender kantin dan fokus kepada apa yang ada sekarang. Sambung belajar saya bertawakal sahaja. Moga baik-baik sahaja.

“Asbab reda dengan banyak perkara ALLAH kurniakan rezeki tiada alahan mengandung dan rezeki tunai umrah dengan suami. Rezeki resipi sambal berjaya pensyarah memahami dan mudah faham ketika belajar,” titip Ain.

Dalam pada itu, beliau bersikap positif dan tidak henti mengucapkan syukur.

“Jadi anak ketiga ini bayi IUCD, tidak dirancang tetapi saya bersyukur. ALLAH sebaik-baik perancang,”katanya.

Ditanya sama ada alat tersebut akan dikeluarkan, Ain menambah posisi janin menjadikan proses itu tidak dilakukan.

Iklan

“Sepatutnya doktor kata apabila bayi sudah besar sedikit akan scan semula untuk keluarkan tetapi kes saya doktor tidak keluarkan kerana kedudukan IUCD bersebelahan dengan kantung, jadi ia berisiko tinggi,”

Hamil dalam keadaan IUCD masih di dalam rahim, Ain diberikan rawatan ubat bagi menguatkan rahim. Namun wanita itu berhadapan masalah pendarahan.

Baca juga: 10 tanda awal kehamilan yang biasa dan jarang berlaku, ibu muda wajib ambil tahu

“Dua kali dirujuk ke hospital kerana pendarahan yang banyak dan doktor lakukan ujian imbasan dan mendapati degupan jantung bayi dan diberikan ubat menguatkan rahim.

“Setakat ini Alhamdulillah OK cuma kalau terlalu penat atau mengangkat sesuatu yang berat akan terjadi sedikit pendarahan,” kata Ain.

Sebelum ini PU Abu mendedahkan isterinya akan melahirkan anak ketiga mereka pada Januari 2023.

Terdahulu pasangan muda itu pernah dihambat kontroversi apabila Ain diceraikan ketika sedang hamil anak sulung.

Bagaimanapun PU Abu dikatakan kembali rujuk dengannya selepas dua minggu mengahwini seorang usahawan wanita.

KAEDAH MERANCANG KELUARGA

Iklan

MyHealth menyenaraikan lima kaedah merancang keluarga seperti berikut:

Kredit foto: Freepik 

Kaedah semulajadi
-Kaedah masa subur
-Suhu badan asas
-Kaedah cairan dan lendiran faraj
-Kaedah gabungan
-Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan

Kaedah halangan
-Kondom
-Topi serviks
-Diafram

Hormon
-Pil
-Implan
-Suntikan
-Alat dalam rahim

Kaedah kekal
-Mengikat tiub fallopian/peranakan (reversal of tubal ligation)
-Vasektomi iaitu mengikat saluran pembiakan lelaki

Kredit foto: Pexels

Cara merancang keluarga yang bersesuaian akan disarankan berdasarkan umur wanita, taraf kesihatan, keberkesanan dan cara yang disukai individu dan sejarah obstetrik dan ginekologi.

Baca juga: Buang air besar tanda waktu bersalin sangat dekat, 8 perkara ibu perlu hadamkan elak kematian bayi

Sumber: Ain Afini, MyHealth

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.