PERBUATAN menghidu gam adalah antara masalah ketagihan yang serius

Ia popular kerana murah dan senang diperolehi. Namun ramai tidak menyedari betapa bahayanya yang boleh mengakibatkan maut.

Perbuatan menghidu gam yang dikategorikan dalam masalah penyalahgunaan dadah inhalan atau pelarut (solvent) itu boleh menyebabkan gejala seperti berikut:

– Keracunan/ketoksikan otot jantung yang menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak normal atau ‘arrhythmia.’
– Sukar bernafas dan lemas.
– Kemalangan disebabkan oleh khayal.
– Tidak mampu untuk berfikir secara logik dan waras.
– Sifat pelupa.
– Kurang berat badan.
– Gangguan emosi.
– Kekurangan pembentukan sel-sel darah di dalam tulang sum-sum.
– Boleh membawa kepada penggunaan dadah yang lebih serius seperti ganja dan heroin.

Baca juga: Warganet bengang, pemuda tergamak belasah bapa tiri tak dapat duit beli dadah

Baca juga: Angkara dadah! Leher ibu tiri putus ditetak anak, ini kejadiannya

Seperti dalam satu kejadian di ibu negara baru-baru ini. Tular video di media sosial yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda City bertindak merempuh beberapa buah kenderaan lain. Rupanya ia mempunyai kaitan dengan perbuatan menghidu gam.

Kereta itu diekori dan pergerakannya dirakam selepas dipercayai dirempuh. Pengguna Twitter Ptryhmzh menyatakan bahawa kakaknya merupakan salah seorang mangsa yang dirempuh oleh kereta berkenaan.

Difahamkan, kereta terbabit dipercayai telah dicuri oleh seorang wanita di stesen minyak ketika pemilik kereta sedang pergi ke tandas bersama isterinya.

Melihat keretanya dicuri, pemilik kereta tersebut kemudiannya cuba untuk mengejar dengan menggunakan motosikal kakitangan stesen minyak itu.

Ketika di persimpangan lampu isyarat di Setapak, wanita terbabit cuba untuk melarikan diri dengan melanggar beberapa buah kenderaan. Bagaimanapun dia tidak berjaya meloloskan diri.

Iklan

Baca juga: Orang kampung dedah remaja dimandikan ala jenazah banyak kes curi motor, pisang

Dalam perkembangan berkaitan, tular sebuah lagi video memaparkan wanita yang sama diusir pemandu bas kerana menghidu bahan inhalan terlarang itu. Ia difahamkan berlaku sebelum kecurian kereta.

Susulan kejadian, wanita berkenaan ditahan oleh orang awam dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Lebih mengejutkan wanita berumur 38 tahun dan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Iklan

Moga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jauhilah dadah, tiada kebaikan yang diperolehi daripadanya melainkan hanya kerugian.

Baca juga: Diuji anak sakit, suami kaki dadah? Ini saranan pakar buat para isteri diuji dugaan hidup

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: myhealth.gov.my, Twitter Ptryhmzh