Kronologi tanah runtuh, bomba luah momen pilu temui jasad seorang ibu, 2 anak berpelukan
KEJADIAN tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Genting Highlands-Batang Kali benar-benar meruntun hati. Setakat ini 21 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 12 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan berkenaan.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, kemalangan berkenaan melibatkan seramai 94 orang mangsa.
Pasukan Bomba adalah antara mereka yang bertungkus lumus dalam operasi dan menyelamat (SAR) dalam bencana itu.
Baca juga: Tanah runtuh 39 meter di Batang Kali hempap 79 mangsa, 2 daripadanya maut, 15 info berkaitan
Seorang pegawai bomba yang menyertai operasi berkenaan berkongsi momen menyayat hati apabila menemui beberapa mayat keluarga mangsa yang berpelukan telah tertimbus.
"Saya sendiri yang menjalankan penugasan dan pemantauan di sini berasa pilu apabila melihat mayat keluarga berpelukan antara satu sama lain.
"Paling meruntun hati apabila melihat seorang ibu berpelukan dengan dua anaknya yang tertimbus di dalam tanah," katanya.
Baca juga: 15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting
Biarpun kejadian bencana seperti itu menjadi perkara biasa apabila ahli keluarga berpelukan antara satu sama lain, beliau meluahkan ia adalah pengalaman yang menyentuh hati.
"Ini adalah sebahagian daripada kejadian bencana buruk yang berlaku di negara ini sepanjang saya terlibat dalam operasi SAR," kata beliau.
Terdahulu, media mendedahkan mangsa yang merupakan pasangan ibu dan anak perempuan berusia lingkungan tiga tahun ditemui dalam keadaan berpelukan.
Bomba berdepan kesukaran dalam menjejaki mangsa yang maut susulan kedalaman runtuhan tanah mencecah kira-kira empat meter.
Pihaknya menggunakan menggunakan unit anjing pengesan untuk menjejaki kesemua mangsa yang berkedudukan 50 hingga 100 meter dari tapak perkhemahan.
Baca juga: Tragedi tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands ragut dua nyawa, berikut kronologi kejadian
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Kredit foto: Bernama, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang