Luluh hati ibu anak diculik depan mata, polis percayai berkait sindiket dadah, dibawa ke negara jiran

A
A
A

IBU mana yang sanggup melihat anak dilarikan begitu sahaja, diculik dalam sekelip mata. Lebih menyedihkan sehingga kini (artikel ditulis) mangsa masih belum ditemui.

Salah seorang ahli keluarga yang menyaksikan kejadian berkenaan, Zahasnah Mohd Zain, 75, iaitu ibu kepada peniaga kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, yang dilarikan beberapa lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, menzahirkan rasa pilu.

"Luluh hati makcik melihat anak diheret di depan mata. Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak diketahui," tutur si ibu.

Malah katanya, mereka sekeluarga masih trauma dengan kejadian yang berlaku dan terngiang-ngiang suara anaknya meminta tolong ketika diheret sekumpulan lelaki itu.

Baca juga: Misteri kehilangan wanita jadi tanda tanya, dipercayai diculik 'polis' yang diupah bekas kekasih

Dalam kejadian jam 5.10 petang, Rosnazirah didakwa dilarikan empat lelaki dengan menggunakan kereta jenis Toyota Vios berwarna perak. Lebih membahayakan, suspek didakwa mempunyai senjata semasa melarikan wanita berkenaan.

Terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam.

Kisah penculikan wanita itu menjadi tular susulan selepas video yang memaparkan kejadian berdurasi dua minit 51 saat beredar di laman sosial.

Baca juga: Wanita terselamat daripada diculik, dibunuh bekas kekasih selepas minta bantuan guna bahasa isyarat

Penculikan dipercayai libat sindiket dadah

Dalam perkembangan terkini, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun penculikan berkenaan dipercayai melibatkan sindiket dadah.

"Suami mangsa bersama seorang suspek lelaki dan wanita berusia antara 35 hingga 47 tahun direman bagi membantu siasatan.

"Mengikut siasatan suami mangsa mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah penyeludupan manakala seorang lagi suspek lelaki, tujuh rekod lampau.

"Kami mendapati mangsa mengetahui tentang kegiatan suaminya itu yang terlibat dalam sindiket dadah," kata Datuk Muhamad.

Beliau berkata, kejadian culik itu dipercayai berlaku kerana perselisihan faham dalam kalangan ahli sindiket terbabit.

Menurutnya, operasi khas telah digerakkan bagi mengesan wanita berkenaan.

Baca juga: Kanak-kanak diculik keluarga sendiri selepas hilang hak penjagaan, disorok di ruang sempit bawah tangga

"Tak mahu doa, jangan kecam"

Menerusi laman sosial Facebook, kakak Rosnazirah yang enggan dikenali meluahkan kecewa susulan reaksi warga maya yang diterima di laman sosial.

"Kalau tak mahu doa, janganlah kecam keluarga kami."

Demikian luahan hati salah seorang kakak kepada Rosnazirah susulan kecaman yang dilemparkan warga siber di Facebook dan aplikasi TikTok. Ia dilihat lebih kepada unsur fitnah sehingga menyebabkan keluarganya mengalami tekanan.

Menurutnya, buat masa ini seluruh ahli keluarga mengadakan solat hajat dan berdoa semoga Rosnazirah selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Baca juga: 33 tahun terpisah, lelaki mangsa culik jumpa semula ibu kandung berbekalkan peta dilukis tangan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca