Manis bertudung di gelanggang meraih emas, ini penjelasan Merrywati Manuil

A
A
A

PESILAT negara, Merrywati Manuil meraih perhatian ramai selepas memenangi pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 baru-baru ini. Penampilannya bertudung ketika di gelanggang turut menjadi tumpuan.

Kehebatan Merrywati tidak perlu dipertikaikan lagi. Atlet kelahiran Sabah berusia 21 tahun itu meraih kemenangan menerusi kategori solo Kreatif Wanita.

Menerusi laman sosial Facebook berkongsi punca yang mempengaruhi keputusannya untuk bertudung ketika bertanding baru-baru ini biarpun tidak diwajibkan berbuat demikian.

Baca juga:Geran angkat seni silat ke mata dunia, menang anugerah di Festival Filem Asia New York 2020

Rupa-rupanya ia berkait rapat dengan rasa hormat dan cintanya kepada silat.

"Banyak yang bertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.

"Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.

Baca juga: Misi Ratu Silat Negara, Rina mahu perturunkan legasi darah pendekar dan tawan Everest

"Semestinya tiada paksaan daripada mana mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang dipelajari. Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab," titip Merrywati yang berasal dari Keningau.

Pelajar Diploma Farmasi itu turut berkata jika Melayu mempunyai wira hebat seperti Mat Kilau, beliau turut berbangga dengan pahlawan Murut terkenal, Antanom.

Baca juga:"Dulu tidak fasih berbahasa melayu, selalu jadi bahan ketawa rakan-rakan."- Dr Soo Wincci kongsi nostalgia sambut merdeka

Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge

Sumber: Facebook Merrywati Manuil

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca