SIAPA kata wakil rakyat hanya pandai politik? Mereka pun pandai nyanyi sambil rap okey!

Tidak percaya? Cuba tonton video lagu Standing In The Eyes of The World yang dikongsikan ADUN Bukit Melawati, Juwariah Zulkilfi ini bertajuk Standing In The Eyes Of The World (2020) – Ella ft. Lah Ahmad & Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor.

Video sama turut dikongsikan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi dalam channel Youtube sehingga menerima lebih 10,000 tontonan dan 589 tanda suka sejak disiarkan semalam (16 September 2020).

Bukan sahaja ADUN Selangor dilihat sporting menyanyi lagu legend itu, malah kemunculan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga membuatkan ramai tepuk tangan.

adun rap

Sekali rap memang nampak ADUN Sungai Tua itu sempoi menyanyi ikut irama bermula pada minit 3:58. Mesti dah lama berlatih inikan? Seronok bila pelbagai kaum bersatu hati mendendangkan lagu kebanggaan.

Nyanyian tersebut diselingkan dengan gambar kenangan dan program turun padang YB di kawasan masing-masing.

Dalam rakaman semula lagu berdurasi enam minit dua saat itu, ia turut menampilkan ratu rock Malaysia, Ella bersama Lah Ahmad.

Antara ADUN yang turut serta menyanyi seperti Najwan Halimi, Michelle Ng, Lim Yi Wei, Edry Faizal, Jamaliah Jamaluddin dan Chua Wei Kiat.

Sesiapapun yang mendengar lagu ini pasti bersemangat dan terikut sekali menyanyi bersama. Penulis ingat lagi bila nyanyi lagu masa sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia masa sekolah dulu.

Iklan

Walaupun sudah lama tak kedengaran melalui corong radio mahupun televisyen, lagu ini memang malar segar. Lagi best bila dirakam semula dengan pelbagai versi.

adun rap

Rata-rata warganet memuji usaha ADUN Selangor meraikan sambutan Hari Malaysia dengan cara yang rare, sememangnya memang in stail selain tik tok.

Iklan

“Wow! Terbaik video lagu SITEOTW 2020 kolaborasi superstar ELLA & YB2 ADUN Selangor featuring Dato MB Selangor DAS. Rap power sgt dah tu. Awesome!,” – Cheria Manja

“Power gila MB rap hahahah tak cringe.” Nizam Rahman

Ada juga warganet menitipkan cadangan supaya semua YB tidak terlalu kekok berjoget barangkali first time, nervous itu tetap ada.

“Jika YB semua tak pandai joget, tak apa, kami faham dan tak perlu joget dalam video pun, nampak kekok dan err cringe? chill je rap atas kerusi pun dah kira cool. sekadar mencadang. apapun, tahniah. inilah YB muda yang kita mahu!” – Ruby M

adun rap

Apapun semua tetap memuji kemerduan suara Ella dan Lah Ahmad yang sememangnya awesome!

“Legend betul Lah Ahmad dengan Ella ni, suara dorang langsung tak tenggelamkan yang lain2, both of them blend lagu ni bagi lagi cantik..niceeee, awesome sangat.” – iffah hussin

“Oh my god my fav song. Masa komanwel dulu kan lagu ni tahun 1998. I was 7 that time. Now dah 29 tahun and still rasa bersemangat dengar lagu ella ni.” – UNA MN

“Lagu rap sudah IN dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan umur…..congrats…lirik yg sgt bagus!.. yes Selangor represent Malaysia!!…” – Jayjay Chu