BANGGA. Itu ekspresi sesuai menggambarkan kejayaan seorang wanita yang mengendalikan jenama makanan tersohor di Malaysia, Nando’s sejak sekian lama.

Masakan tidak, Ketua Pegawai Eksekutifnya, berjaya menggondol Anugerah Usahawan Wanita 2020 menerusi satu anugerah berprestij, Asia Corporate Excellence & Sustainability Awards (ACES) 2020 baru-baru ini.

Edisi ke-7 ACES sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada tahun ini, setelah Singapura menjadi tuan rumah buat kali pertama pada tahun 2014, diikuti Bangkok, Thailand (2019).

Namun, akibat wabak koronovirus, majlis penganugerahan pada tahun ini terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Kejayaan Mac Chung Lynn yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Nando’s Chickenland Malaysia and Singapura selaras dengan kewibawaan dan kepimpinannya dalam pertumbuhan minda, kemampuan membuat keputusan yang berani dan pemahaman perniagaan yang kukuh.

Penangan seorang wanita, CEO Nando's harumkan nama Malaysia menang anugerah berprestij
CHUNG LYNN berjaya membawa jenama Nando’s menjadi rangkaian kedai makan yang berjaya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Plot kerjaya wanita elegan itu sememangnya mengagumkan. Setelah memulakan kerjayanya dalam bidang seni bina, Chung Lynn kembali ke Malaysia dari United Kingdom untuk membantu keluarganya memulakan perniagaan francais Nando’s.

Selepas 21 tahun, syarikat terbabit telah berkembang menjadi rangkaian kedai makan yang berjaya di seluruh Malaysia dan Singapura.

Di bawah hala tuju Chung Lynn, Nando’s Malaysia setakat ini berkembang dengan mempunyai 78 restoran di seluruh Malaysia dan sembilan restoran di Singapura. Memang hebat!

Pemimpin Malaysia terbaik!

Sementara itu, hartawan industri perkapalan Malaysia yang juga Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Sdn Bhd, Tan Sri Datuk G Gnanalingam dianugerahkan Usahawan Tahun 2020 atas kepimpinannya yang berwawasan dalam menguruskan satu-satunya pelabuhan milik persendirian di Malaysia.

Iklan
Penangan seorang wanita, CEO Nando's harumkan nama Malaysia menang anugerah berprestij
Gnanalingam telah mengurus syarikat dengan baik meskipun berdepan dengan pelbagai kesukaran dalam menjalankan perniagaan di tengah-tengah era pandemik Covid-19.

Pemberhentian seketika dalam pertumbuhan syarikat pada tahun-tahun sebelumnya telah memberikan Westports masa yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan fasa penambakan tanah pada kos yang lebih kompetitif untuk perluasan Terminal Kontena gergasi.

Ini membuktikan kemampuan CEO Malaysia untuk terus bertahan walaupun berdepan dengan pelbagai kesukaran perniagaan.

Bagi kategori Pemimpin Cemerlang di Asia, Khalid Alvi (Etika Holdings, Pepsi), Pang Yee Beng (Dell Technologies Malaysia) dan Shamshuddin Mohamed Yusof (CTRM) terpilih menggondol kategori berkenaan.

Penangan seorang wanita, CEO Nando's harumkan nama Malaysia menang anugerah berprestij
DARI KIRI Yee Beng, Khalid dan Shamshuddin. Ketiga-tiga diiktiraf sebagai Pemimpin Cemerlang di Asia. Tahniah!

Dalam pada itu, Coway (Malaysia) Sdn Bhd dan Kenanga Investment Bank Berhad adalah dua syarikat Malaysia yang dinamakan Juara Industri Tahun 2020.

Iklan

Antara 14 syarikat Malaysia lain yang berjaya ke pusingan akhir ialah Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd, Etika Holdings Sdn Bhd, Dell Global Business Center Sdn Bhd, D Jungle People Sdn Bhd, Kumpulan RAMSSOL, Berjayapak Sdn Bhd, Suria Capital Holdings Berhad, dan Yayasan Amal Budimas.

Mengulas lanjut mengenai ACES 2020, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MORS, penganjur ACES, Shanggari B berkata, penangan Covid-19 telah memberi cabaran kepada CEO syarikat untuk mengenal pasti cara baharu untuk menjalankan perniagaan.

Pada tahun fiskal ini, fokus kebanyakan syarikat telah bertukar daripada mementingkan keuntungan kepada cara bagaimana untuk bertahan dan meneruskan operasi perniagaan masing-masing.

 

Apa yang kita nampak adalah ketangkasan yang diperlukan dalam kepimpinan korporat dengan kebanyakan CEO melaksanakan strategi pengurusan yang drastik supaya perniagaan mereka boleh dikekalkan,” kata Shanggari.