Pengantin lelaki berbaju Ultraman Taro tular, rupanya peminat cosplay. Dedah kostum berharga lebih RM2,000. 'Keberaniannya memang powerlah'

A
A
A

TULAR di laman sosial pengantin lelaki memakai kostum Ultraman Taro semasa majlis persandingan.

Sedondon merah, pengantin lelaki kelihatan tenang menggayakan pakaian lengkap watak adiwira itu sambil memimpin tangan isteri yang anggun berbusana kurung moden.

Meraih 4 juta tontonan di laman sosial TikTok, video berdurasi 21 saat berkenaan rupanya dimuat naik rakan pengantin lelaki, Mohamad Zulhafizie Senin, 26.

Ia kemudian menjadi tular dan dimuat naik semula TikTokRed Ranger Penang.

Baca juga: Asing pengantin, tetamu lelaki & perempuan, majlis perkahwinan ikut syarak jadi inspirasi, jaga pergaulan

Baca juga: Viral 1.6 juta view pengantin disambut kanak-kanak main lato-lato, ini kisah di sebaliknya

Mohamad Zulhafizie yang merupakan pensyarah reka bentuk dalaman ketika dihubungi SinarPlus menjelaskan majlis persandingan berkenaan diadakan di Miri, Sarawak pada 26 Mei lalu.

Biarpun kelihatan janggal kerana tidak berbaju tradisional, namun Mohamad Zulhafizie gembira menerima sokongan dan persetujuan keluarga.

Katanya idea unik itu hasil ilham daripada isteri Nur Qayyimah Ahmad Rosli, 29, dan famili daripada kedua belah pihak.

Baca juga: [VIDEO] Idea unik, pengantin jadikan sayur segar buah tangan tetamu majlis kahwin

Baca juga: Bekwoh gaya 70-an, unik majlis sambut menantu Sabri Yunus, Angeline Tan tarik perhatian warganet

Pasangan pensyarah dan ahli farmasi ini tular susulan video persandingan yang unik

"Idea memakai kostum Ultraman ini tercetus daripada isteri, dan ahli keluarga.

"Saya dan isteri memang cosplayer," katanya yang serius dalam hobi itu sejak 2014.

Malah katanya, jodoh beliau dan isteri juga dipertemukan ketika mereka berdua menghadiri sebuah pertunjukan cosplay Julai tahun lalu.

Baca juga: Akad nikah bahasa Jepun, mas kahwin dalam yen, pengantin baru jadi perhatian warga maya

Baca juga: 'Sebelum ini ada yang kahwin dengan periuk nasi.' Akad nikah atas motorcross, 4 pasangan pengantin Indonesia raih perhatian

Bagi menghidupkan watak adiwira, Mohamad Zulhafizie menjelaskan beliau sanggup membeli pakaian lengkap Ultraman Taro dibeli dari Indonesia dengan harga kira-kira lebih RM2,000.

"Harga kostum di sana lebih murah berbanding di Malaysia.

"Tidak hanya itu, rakan juga membantu saya mendapatkannya di sana," kongsinya.

Baca juga: Hadiahkan pengantin barang dapur, sahabat lelaki ini dipuji ‘bagus daripada yang merapu’

Baca juga: 'Muka gangster' Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian.

Pernah menjuarai Pertandingan Cosplay anjuran Pustaka Miri pada tahun 2019, lelaki itu merancang untuk memakai persalinan cosplay atau yang bermaksud costume play pada pertandingan akan datang.

Ujarnya, tidak semua kostum milik mereka dibeli, ada juga yang dihasilkan sendiri mengggunakan bahan-bahan yang terpakai.

Mohamad Zulhafizie ketika menjadi jemputan stesen televisyen TV Sarawak.

Selain pakaian Ultraman Taro, tenaga pengajar Kolej Komuniti Miri itu juga memiliki kostum lain seperti Kamen Rider, Cameraman, Springtrap, Cyberypunk, Ghost rider, Dino dan Chainsaw Man.

Keunikan pengantin baharu itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata terhibur dan mengucapkan selamat pengantin baharu buat Mohamad Zulhafizie dan isteri.

"Orang lain pakai baju pengantin, kamu pakai pakai baju Ultraman Taro."

"Akhirnya Ultraman berkahwin juga."

"Tahniah. Moga bahagia kekal ke jannah, aamiin."

"Ketika Ultraman Taro menikah."

"Keberanian dia memang powerlah."

"Cyberpunk Malaysia Community says congratulations. Sir cosplay is very cool and respect."

Baca juga: Demi cinta, jurang usia 23 tahun bukan penghalang. Wanita ini akhiri zaman solo lepas berjaya yakinkan keluarga. 'Mentua terima saya seadanya'

Baca juga: Trending pengantin gelabah, ketar sarung cincin, ustazah beri ‘teguran’ sayang

Sekadar info, cosplay diperkenalkan oleh Nobuyuki Takahashi semasa menghadiri Konvensyen Dunia Sains di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 1984.

Ia merupakan satu persembahan yang mana peserta mengenakan kostum dan aksesori watak-watak daripada filem, komik atau pun idea sendiri.

Aktiviti cosplay mengubah orang biasa menjadi watak dalam dunia khayalan, memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pelbagai identiti dan personaliti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca