BAGI pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengharapkan rezeki untuk memiliki anak. Anugerah atau ujian, ingat anak adalah rezeki yang sangat berharga.

Namun tidak semua pasangan yang berkahwin akan diberikan cahaya mata sejurus selepas bernikah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ada antaranya terpaksa menunggu bertahun-tahun dan menjalani pelbagai rawatan serta altenatif hanya demi untuk mendapatkan zuriat.

Seperti juga kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang Instafamous, Bella yang juga isteri kepada Youtuber terkenal, Alief Irfan pernah dihina mandul.

Dia menerima pelbagai kecaman dan pernah dituduh mandul apabila masih belum dikurniakan rezeki anak sehingga menyebabkan wanita tersebut tertekan dengan perkara itu.

Namun, terbaru, Bella berkongsi berita gembira apabila dia akhirnya disahkan positif hamil menjelang ulang tahun perkahwinan kedua.

“Alhamdulillah… terima kasih ya ALLAH atas rezeki yang diberikan. Penantian tepat dua tahun, akhirnya ALLAH tiupkan malaikat kecil dalam perut,” ujarnya.

Baca juga Pemandu tunjuk gari selepas tidak berjaya tukar lorong tular, kini diburu polis

Minyak zaitun terbaik! Ini makanan tambahan sihat ibu hamil

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Bella dilihat menangis teresak setiap kali membuat ujian kehamilan kerana tiada satu pun bergaris dua.

Dia juga sempat menyelitkan beberapa keping tangkap layar yang memaparkan beberapa orang pengikutnya yang menghina dengan sangat kasar.

Iklan

“Dengan berbagai dugaan, hinaan dan kecaman yang dapat selama dua tahun ini. Ada yang cakap saya mandul. Ade yang cakap kami tak bernasib baik. Allahuakbar!” coretnya.

Namun apa yang mengundang sebak warga maya, Bella juga membuat kejutan kepada Alief dengan memberikan sebuah kotak yang mengandungi baju bayi.

BACA JUGA Anak darjah 3 dapat surat cinta melampau, lakaran tidur atas katil bikin berderau

Situasi menjadi semakin sayu apabila Alief terus menangis seakan tidak percaya sambil dipeluk erat teman-teman rapat.

Iklan

Sementara itu, Bella turut berpesan agar orang ramai lebih bijak dalam menjaga sensitiviti dan tidak sewenangnya menghina orang lain.

“Cuma nasihat Bella untuk semua orang kat luar sana. STOP untuk hina orang lain, lagi-lagi korang tak tau perjuangan mereka yang nak dapatkan anak.

“Nampak diorang senyum, tapi dalam sumpah diorang sedih dan down. Kalau boleh mulut jaga tau. Tak baik mempertikaikan rezeki dari ALLAH SWT,” coretnya.

Tahniah buat keduanya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bella | 27 (95) (@bellestrelle)