Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

A
A
A

PILIH kerakyatan British untuk anak, doktor pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri menjadi bualan hangat warga maya.

Umum sedia maklum, Dr Amalina merupakan seorang pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat dan menyambung pelajaran di United Kingdom (UK).

Baru-baru ini, nama beliau menjadi perbualan hangat selepas kenyataannya memilih status kewarganegaraan British kepada anaknya disalahertikan.

Susulan itu, difahamkan Dr Amalina menerima tohmahan dan kritikan segelintir warganet yang memandang serong terhadap kenyataan yang dimuat naik menerusi hantaran di Instagram Stories baru-baru ini.

Pilih kerakyatan British untuk anak, ini penjelasan Dr Amalina

Menyedari perkara terbabit menjadi satu isu, Dr Amalina dalam hantaran Instagram tampil menjelaskan maksud jawapannya itu.

Tegas Dr Amalina, sudah tentu dia menyukai sekiranya anaknya memilih kewarganegaraan Malaysia, namun ada beberapa kekangan yang menghalangnya untuk bersalin di tanah air.

"Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara Malaysia, yang bersalin di luar Malaysia, anak mereka tidak dibenarkan untuk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

"Sudah tentu saya ingin anak-anak saya menjadi rakyat Malaysia, tetapi suami saya adalah warga British dan kami bekerja dan menetap di United Kingdom (UK).

"Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (trimester tiga) dan masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh dan cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami dan bayi.

'Ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami sekeluarga dan ini pilihan kami," jelasnya.

Baca juga Ainul Mardhiah tidak lagi kritikal, namun masih di ICU, guna ventilator

Alhamdulillah selepas 3 kali tangguh, akhirnya Dr Amalina disatukan

Tambahnya lagi, dia akan membesarkan anak-anaknya dengan memahami nilai-nilai murni terkandung baik di Malaysia, UK dan paling utama agama Islam.

"Walaupun tinggal di UK dan kewarganegaraan British, anak-anak kami akan tetap berdarah kacukan Melayu. Percampuran dua budaya akan memberikan mereka kehidupan yang berwarna-warni.

"Saya akan membesarkan mereka untuk memahami nilai-nilai Malaysia dan Islam, serta mempelajari Bahasa Melayu.

"Pada akhirnya, tidak kira di mana mereka tinggal atau passport negara mana yang mereka ada, yang penting mereka adalah insan yang mempunyai nilai moral yang baik di mana boleh menyumbang kepada kemanusiaan," coretnya.

Sementara itu, Dr Amalina turut menjelaskan, tujuannya memilih untuk menetap di UK bukan perkara yang tidak berfaedah semata-mata.

"Saya bekerja, menyambung kepakaran dan membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dalam bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK dan saya memenangi fellowship daripada Imperial College London atas usaha saya sendiri.

Baca juga Kembali bergelar isteri, hati Nurul Izzah kini dimiliki Yin Shao Loong, 10 fakta menarik mengenainya

"Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dengan beribu rakyat UK dan 'international graduates' untuk mendapat tempat dalam program ini," ujarnya.

Untuk rekod, Dr Amalina mendirikan rumah tangga besama pilihan hatinya, Alexander Charles pada 31 Mac 2021 di London.

Sementara itu, pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1. memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia dari segi undang-undang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca