Puas guna buang merata, patung lilin ditemui pekerja pembersihan tular disangka 'jasad'

A
A
A

LAMAN sosial tempatan gempar dengan penularan beberapa keping foto penemuan sebuah patung di tapak pelupusan sampah.

Bungkusan berbalut plastik yang disangka mengandungi mayat sebenarnya adalah patung berbentuk manusia.

Bagaimanapun, ia bukan patung ‘mannequin’ yang dipamerkan di premis pakaian sebaliknya objek yang digunakan untuk kegiatan tidak bermoral.

Seolah-olah tubuh manusia sebenar, patung yang bahagiannya boleh ditanggalkan itu dibungkus rapi menggunakan plastik dan diletakkan berhampiran tong sampah besar di deretan rumah kedai di Seksyen 27, Shah Alam, Selangor.

Baca juga: Jangan pandang sebelah mata, pengutip sampah ini berjaya buat ramai terkesima

Bungkusan yang dibuang di lorong belakang barisan lot kedai bersama sampah-sarap seolah-olah sama seperti babak drama dan filem.

Susulan penemuan itu, laporan polis dibuat. Pasukan polis dan forensik dilihat memasang pita kuning serta mengepung kawasan sekitar bagi menjalankan siasatan.

Kejadian berkenaan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Baca juga: Gara-gara simpan RM90,000 dalam plastik hitam, ahli perniagaan tersilap buang diangkut lori sampah

"Satu bungkusan menyerupai mayat manusia dijumpai di Seksyen 27 pada 8 Februari jam 3 petang oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn Bhd.

"Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bungkusan tersebut hanyalah berisi patung lilin berbentuk perempuan yang dibalut dengan kain selimut dan plastik," katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut diklasifikasikan sebagai 'no offence disclosed' (NOD) berikutan tiada sebarang kesahan jenayah dalam kes tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca