MEMBUANG sampah keluar dari kenderaan adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seorang wanita memulangkan kembali sampah yang dibuang pemandu sebuah kenderaan mewah.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali pengguna TikTok @sitisitieliza, pemandu kereta jenama BMW itu membuang sampah keluar dari kenderaan sebanyak dua kali.

Kali kedua ia berlaku di persimpangan lampu isyarat dimana wanita berkenaan dia bertindak ‘memulangkan’ kembali sampah yang dibuang melalui tingkap kereta tersebut.

@sitisitielizajenis bebal . kereta besaq otok kecek! 🙄 padan muka hg . tu sampah kedua hg buang tau dak? 1st sebelum hg buang tu aku tgk ja . igt xbuang dah. ehhh hg buang 1 lg rilek ja nohhh . bodo piang 🙄♬ original sound – siti sitieliza

Video berkenaan didapati meraih 1.3 juta tontonan dan 93,000 tanda suka.

Rata-rata warga maya memuji dan menyatakan sokongan terhadap tindakan wanita itu.

 

 

Iklan

 

Awal Januari lalu tular di media sosial tindakan wanita melontar sampah keluar dari kenderaan yang dipercayai berlaku di Kelantan.

Jabatan Pengangkutan Jalan Perbuatan menjelaskan perbuatan membuang sampah keluar daripada kenderaan menyalahi Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pelaku boleh diambil tindakan menurut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Baca juga: “Disangka Aiskrim Rupanya…”Cecair Pelbagai Warna Dalam Plastik Jentik Hati Warga Maya

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Sumber: TikTok @sitisitieliza