Rahsia bekas guru KAFA ubah nasib keluarga cipta jenama Pizza Jangok Mek Ani

A
A
A

MAHU mencari pizza Melayu yang sedap dan murah bukanlah mudah.

Apatah lagi di kawasan kampung khususnya di Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan memang tak banyak kedai yang menjual makanan Barat tersebut.

Disebabkan faktor itu, Noraini Ahmad, 37, memperkenalkan piza air tangan sendiri dengan membuka premis Pizza Jangok Mek Ani.

Meskipun sudah beroperasi tujuh tahun, namun populariti piza jangok yang membawa maksud cantik atau berhias itu sehingga kini masih menjadi buah mulut.

Mana tidaknya, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk datang ke premis yang tak ubah seperti restoran makanan segera bersama rakan taulan atau keluarga.

pizza

Tidak hanya memperkenalkan menu piza ayam, meatball, daging, seafood, tuna, pepperoni dan keju, bekas guru KAFA tersebut juga menawarkan pelbagai topping lain dengan penggunaan nama yang unik.

Antaranya seperti Pizza Diraja, Pizza Tomyum, Pizza Manja, Pizza Meatball, Pizza Serunding, Pizza Tora dan Pizza Mix Taste.

pizza

pizza

Kata Noraini, Pizza Mix Taste antara yang paling laris kerana dibubuh topping seperti serunding, seafood, pepperoni dan manja.

Baca juga Makan piza, masakan Melayu-Jawa sambil halwa mata melihat panorama air sungai nan indah

pizza

"Alhamdulillah, pengenalan kepada aneka perisa cita rasa Melayu untuk piza bukan sahaja berjaya memikat hati si kecil, malah pengunjung tak kira usia dan bangsa dari pelosok negeri datang ke premis kami, syukur sangat," katanya.

 

KENA BERANI

Bercerita lanjut, Noraini memberitahu, beliau mempelajari cara pembuatan piza daripada kakaknya.

"Ketika itu, saya baru berhijrah ke kampung selepas bekerja sebagai jurutol di Nilai, Negeri Sembilan. Sambil bekerja sebagai guru KAFA selama enam tahun, saya sempat jual piza mini di kedai-kedai.

pizza

"Bila berjauhan dengan suami masa itu dan perlu uruskan anak-anak, saya plan nak teruskan bisnes piza secara serius. Alhamdulillah, saya tak sangka rezeki piza ini mengubah hidup kami sekeluarga," ceritanya.

Baca juga Wah! 4 perisa dalam 1 piza dengan sos Top Secret daripada Domino’s. Lebih jimat dan semestinya sedap!

Ujar ibu anak empat itu lagi, tidak mudah sebenarnya mahu membina jenama Pizza Jangok Mek Ani kerana perlu berdepan dengan pelbagai rintangan.

pizza

"Mula-mula saya jual online dan kemudian, saya beranikan diri untuk jual piza pada saiz sederhana.

"Kemudian, saya ikuti kursus pendek kulinari bagi memantapkan lagi pembikinan piza yang lembut dan lazat. Paling penting, isi topping jangan kedekut supaya orang suka makan," ujarnya.

KENA ADA ILMU BERNIAGA

Bagi Noraini, setiap usaha keras pasti akan membuahkan hasil.

pizza

Bermula daripada berniaga di sebuah bengkel, beliau kini sudah mampu tersenyum puas dengan premis enam pintu yang lebih luas dan selesa.

Bagi mereka yang ingin menikmati hidangan segera berkenaan, namun tinggal di luar Kelantan, jangan bimbang kerana usahawan itu menawarkan piza sejuk beku.

pizza

"Kami mempelbagaikan pilihan kepada pelanggan termasuk produk frozen yang lebih tahan lama.

"Setakat ini, pilihan yang ada seperti piza ayam, meatball, tuna, daging, seafood dan manja," tuturnya.

Kepada wanita di luar sana, Noraini turut menasihatkan supaya jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.

pizza

"Bercakap melalui pengalaman, kita kena pandai jaga emosi dan berani berubah kerana hanya kita sahaja yang mampu mengubah masa depan diri.

"Percayalah, jika kita ada nekad, semua akan berjaya. Paling penting, kena ada ilmu untuk berniaga dan kerajaan banyak menyediakan kursus yang boleh kita sertai," sarannya.

pizza

Bagi penulis sendiri yang berpeluang singgah ke sana baru-baru ini, servis yang ditawarkan juga pantas bagi mengelakkan pelanggan tunggu lama.

Paling penting, produk yang ditawarkan memang meriah dengan isi topping yang pelbagai. Rasanya enak dan harganya berpatutan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca