Rezeki suami berpoligami, isteri pinang sahabat baik jadi madu, warga maya doakan kebahagiaan

A
A
A

TUAH mudah berpoligami, seorang lelaki, Mohd Loqman Mohd Salleh, 38, dari Kampung Kolam Limbongan, Melaka, bertemu jodoh dengan sahabat baik isteri pertama.

Lebih beruntung, katanya hasrat poligami itu perancangan isteri pertama sendiri namun beliau meletakkan syarat perlu mendapatkan keizinan daripadanya terlebih dahulu.

Bukan tidak bahagia dengan perkahwinan pertama, Mohd Loqman yang juga bapa kepada tiga orang cahaya mata berusia 11 hingga empat tahun sudah 12 tahun melayari perkahwinan dengan isteri pertama.

"Ini pernikahan bukan kerana saya sahaja, namun meraikan juga isteri pertama menyambut kehadiran madu dengan memberi laluan buat madu berkongsi kebahagiaan bersama," katanya.

Dalam majlis akad nikah yang diadakan 24 Disember lalu, isteri pertama turut hadir mengenakan jubah berwarna putih sedondon dengan isteri kedua.

Baca juga: Benarkan suami kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu

Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Baca juga: Viral isteri pertama tabah hadir persandingan suami, wanita bahagia berkongsi kasih dengan sahabat baik

Lebih manis lagi, dalam sekeping foto dikongsikan, Mohd Loqman yang juga merupakan perawat Islam dan mutawif itu mendoakan isteri-isterinya dengan meletakkan tangan di atas ubun-ubun sejurus selepas ijab kabul.

"Nasihat saya kepada lelaki yang ingin berpoligami bercakap benar, insya-ALLAH akan kekal hingga ke Jannah," katanya.

Warga maya yang teruja melihat kebahagiaan keluarga itu mendoakan agar mereka dikurniakan rumah tangga yang aman damai.

- "Hasil didikan sempurna oleh seorang suami, Alhamdulillah dan tahniah."

- "Bagus juga macam ini, persahabatan tak putus, boleh bertemu selalu."

- "Hati manusia milik ALLAH. Mungkinn dalam hati si isteri dicampakkan keinginan untuk rasai kehidupan bermadu. Semoga dikurniakan barakah hidup mereka."

- "Alhamdulillah. Rezeki masing-masing. Semoga jodoh mereka berpanjangan dengan toleransi isteri pertama dan kedua yang berterusan."

- "Rezeki dan aturan. Moga diberikan kekuatan mengemudi rumah tangga. Tahniah."

- "Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberikan. Moga boleh berlaku adil kepada kedua-dua keluarga."

Baca juga: Viral isteri pertama tabah hadir persandingan suami, wanita bahagia berkongsi kasih dengan sahabat baik

Baca juga: Kahwin tanpa zuriat, wanita diam-diam pinang jiran untuk suami, nikah pada anniversary ke-10

Baca juga: Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

Untuk info, poligami terdiri daripada tiga hukum iaitu makruh, sunat dan haram.

Poligami makruh apabila berpoligami dilakukan hanya sekadar untuk berseronok- seronok sedangkan suami sendiri ragu akan kemampuan dirinya untuk berlaku adil terhadap isteri- isteri daripada sudut nafkah zahir dan batin. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi kesan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya disebabkan kerana tidak mampu berlaku adil terhadap mereka.

Poligami sunat hukumnya apabila suami memerlukan isteri yang lain misalnya bagi mendapatkan zuriat kerana isteri yang pertama tidak boleh melahirkan anak atau sakit atau suami mempunyai keinginan yang amat kuat sehingga isteri seorang tidak mampu untuk melayaninya. Suami juga berkeyakinan, mampu berlaku adil terhadap isteri- isteri zahir dan batin. Maka ketika ini tiada halangan baginya untuk berpoligami kerana mempunyai kebaikan dan maslahat syarak.

Poligami menjadi haram jika lelaki ingin berpoligami merasa ‘zhan’ atau yakin tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Boleh jadi kerana kemiskinan, kelemahanya atau dia tidak yakin dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudis. Hukum poligami pada ketika ini ialah haram kerana ia akan memberi kemudaratan kepada orang lain.

Berikut adalah tanggungjawab suami dalam perkahwinan poligami:

1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya.

3. Disyaratkan pula berlaku adil terhadap dirinya sendiri dan para isteri.

4. Adil memberikan nafkah zahir (makan minum, tempat tinggal termasuk alat solek, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan lain-lain keperluan) dan nafkah batin.

5. Adil dalam giliran.

6. Keadilan dalam memberikan kasih sayang

7. Memberi perlindungan, pemeliharaan dan kasih sayang yang adil terhadap anak-anak iaitu tidak menimbulkan huru-hara atau masalah (dharar syarie) dalam kalangan isteri mahupun anak-anak dan berkuasa menanggung nafkah.

Manakala isteri dalam poligami mempunyai hak untuk memiliki rumah sendiri dan mendapat hak giliran yang sama.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan Nor Farhana Yaacob), 2, JAIS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca