BARU-baru ini, video yang memaparkan ritual menolak banjir oleh Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin menjadi tular.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, menerusi sesi penstriman langsung di Facebook, Ibrahim Mat Zin mendakwa, apa yang dilakukannya di Teluk Intan itu semata-mata kerana ALLAH SWT bagi mengelakkan banjir di daerah tersebut dengan menggunakan cara tradisional dan petua orang zaman dahulu.

Baca juga: Video Ritual ‘Tolak’ Banjir Tular, Raja Bomoh, Puteri Zaleha Disiasat, Berikut 10 Info Kejadian

Baca juga: Seram! Tular Video Penumpang Bas KL – Penang Tiba-Tiba Menari Buat Meremang Bulu Roma

“Tujuan saya buat itu supaya banjir jangan naik besar di Teluk Intan. Saya buat supaya banjir jangan melanda Sungai Manik, Labu Kubong, Kampung Gajah, Parit dan Bagan Datuk. Berdoa dan mengunakan daun serta kayu dilepaskan (ke sungai).

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti,” katanya.

Dia turut berkata berkata sebagai negara demokrasi, jabatan terbabit perlu memanggilnya untuk berbincang terlebih dahulu dan menegur jika perbuatannya itu salah.

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya menerusi video berdurasi 26 minit dan 18 saat.

Iklan

Katanya jabatan berkenaan telah menjatuhkan hukum syirik dan khurafat sedangkan perlu ada budi bicara.

Malah Ibrahim berkata jika ada perkara yang salah boleh ia boleh diperbetulkan.

Terdahulu Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dilaporkan Bernama akan memanggil Ibrahim Mat Zain berhubung ritual itu.

Iklan

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain lelaki itu, seorang lagi individu yang terlibat dala kejadian berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Mohd Yusop menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan perkara seumpama itu dan menjauhi amalan menjurus kepada khurafat.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Ibrahim Mat Zain, Jabatan Agama Islam Perak