AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 3, kanak-kanak yang pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia kini memberikan perkembangan positif dengan membuka mata dan menggerakkan kakinya.

Anak kepada pasangan Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi itu bakal menyambut ulang tahun keempat esok mulai sedar walaupun seketika selepas 12 hari disahkan mengalami jangkitan kuman pada 1 Ogos lalu.

Khabar menggembirakan itu dikongsikan Ahmad Safiuddin menerusi laman sosial Facebook.

“Tengah hari mamanya datang melawat, Ainul buka mata. Mamanya kata buka mata betul-betul, bermakna memang dia celik dan sedar,” titipnya.

Baca juga: Diberi bantuan pernafasan, ditidurkan, ini keadaan terkini Ainul Mardhiah

Baca juga: Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Ahmad Safiuddin bagaimanapun menyuarakan kehairanannya kerana si kecil itu masih lagi menerima dos ubat tidur.

“Walhal ubat tidurnya masih berjalan. Pelik betul Ainul ini. Yang tak tahannya, dia terbangun semata-mata hendak lap air liur yang meleleh dari mulut.

“Lepas tu dia tidur balik. Dia sedar lebih kurang dalam 10 minit,” titipnya.

Ahmad Safiuddin melafazkan kesyukuran atas perkembangan berkenaan dan berharap anak sulungnya itu akan kembali kepada keadaan sebelum ini.

Baca juga: Ainul Mardhiah tidak lagi kritikal, namun masih di ICU, guna ventilator

Baca juga: Terlalu tenat kerana jangkitan, Ainul Mardhiah kritikal di ICU

Ainul ketika mula jatuh sakit baru-baru ini

“Alhamdulillah, nampak Ainul dah gerakkan kaki tangannya walaupun sedikit. Sedikit itu pun besar rahmat-Nya!

“Soon dia akan kembali semula kepada diri dia yang asal atau mungkin ALLAH SWT nak beri lebih dari dulu. Tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT,” tambahnya.

Iklan

Terdahulu, Nurul Erwani memuat naik hantaran di Instagram menyatakan anaknya mula mengangkat tangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Ainul Mardhiah mengalami simpto, muntah kerap dan cirit-birit dalam tempoh sehari. Namun keesokannya keadaan menjadi kritikal hingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik.

Warga maya rata-rata menitipkan doa agar Ainul Mardhiah terus memberikan perkembangan positif dan segera sembuh.

Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

Iklan

Baca juga: Ainul Mardhiah genap 3 tahun, makin bijak, sudah pandai hafal rutin harian

Sumber: Facebook Ahmad Safiuddin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan