Sempat minta 20 sen beli aiskrim, ini kronologi kanak-kanak maut digilis lori, ibu mohon delete gambar kejadian

SEDIH dan pilu apabila menatap berita seorang mayat kanak-kanak-kanak perempuan lima tahun yang maut digilis sebuah lori ketika sedang bermain.

Difahamkan, kanak-kanak itu sempat berjumpa bapanya dan meminta 20 sen untuk membeli aiskrim sebelum tragedi tersebut berlaku di Kampung Paya Mengkuang Batang Tiga, di Melaka, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.25 petang itu, mangsa, Nur Qayra Quraisya Muhamad Qayyum meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Menurut laporan berita tempatan, berikut kronolodi kejadian;

1. Menurut bapanya, Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37, kejadian berlaku selepas anak bongsu daripada tiga beradik itu pulang dari tadika dan menjadi rutin hariannya singgah di rumah nenek untuk bermain dengan sepupu di kawasan berhampiran.

2. Ketika itu dia sedang buat kerja-kerja kontraktor di sebuah rumah berdekatan rumah ibunya, tiba-tiba adik (Nur Qayra) datang bersama sepupunya meminta 20 sen untuk membeli aiskrim.

3. Muhamad Qayyum memberi wang itu dan menyuruh pulang ke rumah selepas membeli aiskrim kerana cuaca panas lalu menyambung semula kerja.

4. Tidak lama lepas itu dia terdengar bunyi riuh berhampiran rumah ibunya kerana ada kemalangan.

5. Namun apa yang tidak disangka, mangsa kemalangan itu merupakan anaknya, malah lori terlibat juga merupakan kontraktor yang membawa muatan pasir bagi kerja-kerja binaannya.

Baca juga Kronologi kemalangan maut ibu empat anak, remaja tak sangka Aidilfitri lalu momen terakhir bersama

Muhamad Qayyum (kiri) ketika berada di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini tengah malam Khamis. (Gambar kecil: Nur Qayra Quraisya..maut digilis lori ketika bermain bersama saudaranya.) Kredit foto: Sinar Harian

Selain itu, ujar Muhamad Qayyum dirinya tidak menyangka 20 sen itu permintaan yang terakhir.

“Saya tak sangka 20 sen itu jadi permintaan terakhir yang dapat ditunaikan. Dalam seminggu ni dia memang banyak menguji kesabaran saya dengan sikap merengek-rengek mahukan sesuatu, termasuklah minta untuk main di ‘fun fair’ di Klebang.

“Saya pula memang cuti pada waktu itu dan banyak meluangkan masa dengannya, memang dia anak yang manja,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Muhamad Qayyum dan isteri, Faezah Kadir, 38, reda dengan kejadian itu, namun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan emosi pihak keluarga.

Baca juga Hilang penglihatan selepas kemalangan, kisah kecekalan sikap positif Mashy tular, buat ramai muhasabah diri

Jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Padang, Malim, Melaka.

Sementara itu, ibu mangsa, Faezah dalam satu hantaran di Facebook memohon jasa orang ramai yang berada di lokasi kejadian untuk padam dan tidak menyebarkan gambar anaknya.

Iklan

“Saya mohon, sesiapa sahaja yang memuat naik gambar arwah anak saya di lokasi kemalangan untuk memadam gambar tersebut. Terima kasih, semoga ALLAH membalas jasa baik anda semua,” tulisnya.

Baca juga Tuhan lebih sayang ibu abah. Yatim piatu sekelip mata, gadis sempat hulur duit gaji, iftar sebelum orang tua maut kemalangan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!