SIFAT pemurah dan sikapnya yang suka membantu membuatkan Uncle Kentang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng banyak melakukan kerja amal dan membantu mereka yang kesusahan. Baru-baru ini lelaki berbangsa Cina itu dinobatkan sebagai Commonwealth Points of Light Award sebagai pengakuan dermawan.

 

“Saya menerima e-mel yang memaklumkan bahawa kami akan menerima Commonwealth Points of Light Award daripada Ratu Elizabeth tidak lama lagi. Ini adalah suatu penghormatan kepada kami semua dalam membantu mereka memerlukan.

“Saya berkongsi penghormatan ini dengan anda semua yang telah memberikan sokongan dan dorongan untuk kami keluar dan membantu memberikan kualiti hidup yang lebih baik,” kongsinya di Facebook.

 

Anugerah tersebut diberikan setiap minggu kepada individu dari negara Komanwel sebagai pengiktirafan atas kerja kemasyarakatan mereka dan Uncle Kentang akan menjadi rakyat Malaysia keempat yang menerima penghormatan itu sejak awal tahun 2018.

Baca juga Uncle Kentang cari sukarelawan wanita yang boleh ‘zip mulut’

 

“Ini adalah suatu kehormatan dan kejutan yang besar apabila terpilih untuk menerima anugerah berprestij itu. Anugerah itu milik anda semua. Tidak salah untuk saya katakan bahawa penghormatan itu adalah milik anda semua,” tulisnya.

Lelaki dermawan tersebut dijadualkan bakal menerima anugerah tersebut pada malam Sabtu dan mengambil sijil di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Kuala Lumpur pada 12 Jun nanti.

Baca juga Suami Cari Wanita Lain, Isteri, 4 Anak Ditinggal ‘Kebuluran’

Ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet.

“Congratulation. Well known world wide.👍👍.May God bless you and your team.”-Abi Ak Baring

Iklan

“I hope Malaysia should give you honor too. By the way, congratulation. Will always support u”-Salleh Nagas Nami

“Dear Kuan Chee Heng you have brought great honor to Malaysia by your kindness for mankind, God bless you and your family.”-Deva Saveri

“Amazing news!Congratulations!!!Well deserved.,”-Hana Ihsani

 

Iklan

Sebelum ini Dr Madhusudhan Shanmugam yang menubuhkan ‘Klinik Bergerak Teddy’ telah menerima anugerah yang sama pada tahun 2015. Ia dianugerahkan atas khidmat bakti beliau menyediakan pemeriksaan perubatan, makanan dan pakaian percuma untuk orang kurang bernasib baik.

Semoga anugerah yang bakal diterima akan menguatkan lagi semangat Uncle Kentang untuk membantu masyarakat dan individu yang memerlukan.

Sumber: Kuan Chee Heng