KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Kasih sayang seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.

Begitulah dengan cerita seorang ayah ini apabila menyedari anaknya yang baru berusia satu hari menangis kerana kelaparan pada jam 1 pagi.

Memandangkan isterinya kekurangan susu, dia terpaksa keluar rumah untuk membeli susu formula.

Namun, setibanya di hadapan sebuah kedai serbaneka, dia dapati kedai itu sudah pun tutup.

Ketika itu, barulah dia teringat bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebarang aktiviti dan operasi perniagaan adalah dihadkan sehingga jam 10 malam sahaja.

Nak dijadikan cerita, secara kebetulan pada ketika itu, dia terserempak lalu ditahan oleh dua anggota polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut.

Dia memberi penjelasan kepada anggota polis berkenaan kenapa dia berada di luar rumah pada waktu pagi dalam tempoh PKPB itu.

Kata orang jika rezeki tidak ke mana.

Setelah mendengar dan memahami situasi lelaki tersebut, anggota MPV NS 96 ini telah mempelawa dia ke taman perumahan di IPD Kuala Pilah untuk diberikan susu formula bayi kepadanya secara percuma.

Begitulah perkongsian si ayah yang kasihkan anak, yang dikenali sebagai Zul Hilmy.

Iklan

Zul Hilmy telah menceritakan memori tersebut dengan mengirim mesej kepada Facebook IPD Kuala Pilah.

Mesej Zul Hilmy itu seterusnya dimuat naik di Facebook IPD Kuala Pilah sebagai perkongsian umum.

Dia menzahirkan rasa syukur dan setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terkira kepada polis daerah Kuala Pilah cawangan MPV di atas kemurnian hati dua anggota tersebut yang membantunya menyelesaikan masalah dalam keadaan terdesak itu.

Selain itu, Zul Hilmy turut mendapat ucapan tahniah daripada warga IPD Kuala Pilah atas kelahiran bayi sulungnya dan mereka berharap peristiwa ini menjadi kenangan terindah buatnya sekeluarga.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dua anggota polis yang menjalankan tugas rondaan Op Covid-19 iaitu Lans Koperal Mohd Hasnofikry Mohd Hanapi dan Lans Koperal Muhammad Dinie Akmal.

Lans Koperal Muhammad Dinie yang memberikan susu formula bayi yang ada di rumahnya kepada lelaki berkenaan.

Baca juga ‘Mereka tak mengeluh. Saya tak pernah lihat pegawai kerajaan yang cemerlang dengan sikap positif dan hebat.’ – Devendren

#ipdkualapilahthebest
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada