Tesis Farhatul Fairuzah jadi inspirasi dan bakal dibukukan. 'Doakan saya istiqamah & rezeki sambung Master'
FARHATUL Fairuzah sentiasa menjadi inspirasi selepas muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 pada usia 19 tahun.
Bergelar aktivis kemanusiaan dan penulis, wanita muda berusia 24 tahun ini dalam masa yang sama adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda al-Quran dan Sunnah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Tidak hanya itu, beliau juga aktif dalam misi kemanusiaan, penulis dan influencer yang kerap berkongsi mengenai tip membaca al-Quran sehingga mengumpul 1.2 juta pengikut di laman Instagram.
Baru-baru ini, Farhatul yang mesra disapa Farha menyatakan kesyukuran selepas berjaya melengkapkan penulisan tesis bagi pengajiannya.
"Hari ini Farha nak kongsikan rasa syukur dan gembira yang mana dapat siapkan penulisan tesis. Walaupun mungkin ini hanyalah penulisan untuk peringkat degree tetapi untuk nak menyiapkan tesis ini adalah lah satu cabaran bagi saya.
"Dalam penghasilan tesis ni Farha banyak belajar untuk mengawal emosi, kesabaran dan ketekunan kita untuk menyiapkan semua kerja yang ada dan setiap pekerjaan yang dilakukan perlu dibuat dengan sepenuh hati.
Baca juga: Media sosial medan dakwah Farhatul Fairuzah
"Setiap hari pergi ke kelas, malam sambung program dan kadang-kadang tidak sempat rehat sambung lagi buat penulisan. Ini bukanlah suatu yang mudah bagi saya," titipnya.
Biarpun dihasilkan untuk pengajian peringat ijazah sarjana muda, penulisan ilmiah anak muda ini bukan calang-calang. Harapannya agar kajiannya itu memberikan faedah kepada masyarakat.
"Dalam penulisan tesis ni, Farha mengkaji amalan pembelajaran tarannum secara profesional supaya kita dapat melahirkan qaridan qariah yang berjaya.
"Banyak yang saya perolehi daripada temu bual bersama para guru profesional. Semoga ia sentiasa memberikan manfaat dan mengamalkan amalan yang sangat dituntut oleh ALLAH dan Rasulullah SAW.
"Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka ALLAH SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga," titipnya.
Bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat sarjana pada masa akan datang, bekas pelajar Sekolah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan itu menyatakan penghargaan buat mereka yang terlibat termasuk pensyarah dan keluarga selepas berjaya menyiapkan tesisnya.
"Terima kasih Dr Wan Hilmi yang banyak memberi tunjuk ajar, doa emak yang selalu Farha minta dan adik-beradik serta keluarga. Tanpa doa mereka siapalah saya. Terima kasih juga buat sahabat-sahabat.
"Ini bukanlah satu pencapaian atau satu pengakhiran sebagai seorang pelajar, banyak lagi yang Farha perlu pelajari. Doakan saya untuk terus istiqamah dan ada rezeki sambung ke Master dalam bidang ini. Doakan ya," titipnya.
Paling manis lagi, tesis yang bertajuk 'Amalan Pembelajaran Tarannum Profesional Dalam Kelas Pengajian Tarannum di Masjid Asy Asykirin KLCC' mendapat pujian daripada tenaga pengajar dan akan dibukukan.
Menerusi hantaran di Facebook, pensyarahnya berkongsi tesis yang dihasilkan Farha dan rakan seperti dihasilkan pelajar peringkat sarjana.
"Kajian mereka bukan biasa-biasa, dah macam peringkat Master yang mana ia kajian lapangan. Turun ke lapangan dengan menemubual responden.
"Ini termasuk pengkaji sendiri, Farhatul Fairuzah yang telah menjadi johan dalam tilawah peringkat antarabangsa. Dengan kejayaan tersebut, sudah pasti ada sesuatu yang istimewa dalam amalan pembelajaran taranum di sana.
"Untuk mengetahui lebih lanjut boleh membaca penulisan ilmiah beliau selepas ini. Insya-ALLAH kajian ini akan dibukukan dalam masa terdekat," titip pensyarahnya.
Perkongsian Farha menjadi inspirasi warga maya yang turut menzahirkan ucapan tahniah.
- "Masya-ALLAH. Alhamdulillah mabruk."
- "Masya-ALLAH bestmnya Farha, jadualnya penuh dengan perkara yang bermanfaat sahaja. Tiada masa yang disia-siakan."
- "Alhamdulillah Farha, semoga berjaya dunia dan akhirat. Arwah Ayah mesti bannga dengan kejayaan Farha. Semoga menjadi kenangan keluarga, agama dan masyarakat aamiin."
- "Alhamdulliah tahniah Farha. Hebatnya bahagikan masa buat tesis walaupun busy, so proud of you."
- "Alhamdulillah. Tahniah @farhatulfairuzah moga terus berjaya lagi selepas ini."
- "Alhamdulillah. Such an inspiration sister."
Farha contoh anak muda yang menjadi wajar dijadikan inspirasi.
Baca juga: Antara glamor dan kerjaya, ini semangat Najwa Latif
Mula belajar al-Quran dan taranum pada usia lima tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada usia tujuh tahun Farha memang mewarisi bakat daripada kedua orang tua.
Bapanya, Allahyarham Panut Markum pernah menjadi Qari sekitar tahun 1990-an manakala ibu, Jaliah Simin pernah bergelar Qariah pada 2004.
Tidak hanya Farha, kelima-lima adik beradiknya celik al-Quran dan aktif menyertai pertandingan tilawah.
Pada tahun 2022, Farha menerima darjah kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) dan muncul antara penerima termuda sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Baca juga: Sofizah ungguli pertandingan tilawah antarabangsa, 15 fakta mengenainya
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang