GARA-GARA mencuri duit tabung masjid, seorang pemuda dimandikan seperti jenazah oleh para jemaah masjid.

Video berdurasi satu minit 25 saat itu tular di media sosial memaparkan pemuda berkenaan sedang terbaring dimandikan oleh imam masjid sambil diperhatikan penduduk kampung.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Dalam situasi tegang, pemuda itu kemudian dilumurkan dengan kapur barus oleh seorang penduduk kampung sambil mukanya ditutupi dengan kain.

Dia dilihat cuba untuk bangun dan melarikan diri ketika imam mula mencurahkan air ke atasnya yang lengkap berpakaian.

Meskipun untuk dijadikan pengajaran, tindakan merakam mangsa sehingga tersebarnya di media sosial nampaknya kurang disenangi orang ramai.

Iklan

Guna duit anak

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi wara maya, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengecam tindakan penduduk kampung yang mengenakan hukuman seperti itu terhadap pemuda terbabit.

Malah, isu berkenaan turut mendapat perhatian penceramah dan pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak (PU Syed) yang tampil memberi kritikan.

Iklan

“Isu curi tabung masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan ditempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain.

Baca juga Rasa seperti tertidur satu jam, berikut kronologi kejadian remaja hilang 30 jam di Gua Musang

“Marah memang kita marah… tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak macam Islam membenarkan berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.

“Takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ni,” tulisnya di laman Facebook.

Sementara itu, portal tempatan hari ini melaporkan remaja yang ditangkap dan dimandikan jenazah berusia 19 tahun itu dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.