“YA betul. Ustaz jadi rider Grabfood sebab nak cari duit poket.”

Itu maklum balas pembantu peribadi pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau Ustaz Hanafi kepada SinarPlus ketika mengulas tentang perkembangan terkini penceramah itu yang dikatakan menjadi penghantar makanan Grabfood.

Menurut Rosli Muhamad, 43, Ustaz Hanafi sudah mula mendaftarkan diri sebagai ‘abam rider’ Grabfood.

“Saya ceritalah sedikit, memandangkan sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu, ceramah agak kurang. Jadi ustaz ambil inisiatif (bawa Grabfood) tak sampai seminggu lalu memandangkan kawannya pun ada kedai makan di Kampung Baru, KL.

“Umum tahu ustaz pun memang ada kanser tahap 4. Bila dapat motor, dia enjoy skit, tambah duit poket sendiri, tambah pula ada tahfiz di bawah jagaan dia,” katanya kepada SinarPlus ketika dihubungi sebentar tadi bagi mendapatkan pengesahan tentang ‘kerjaya’ baru Ustaz Hanafi.

Difahamkan beliau dan Ustaz Hanafi hari ini baru sampai di Pulau Pinang memandangkan ada urusan di situ.

Ustaz Hanafi

Dalam pada itu, menurut Rosli yang juga dipanggil Ateh, jika diikutkan separuh daripada hasil duit berceramah Ustaz Hanafi sebelum ini digunakan untuk kegunaan Maahad Tahfiz Al-Habah miliknya, di Taman Jasa Utama, Batu Caves, Selangor dan satu lagi yang bakal siap di Bukit Gantang, Taiping, Perak.

Begitupun, wang untuk disalurkan ke dua maahad berkenaan terpaksa dihadkan dek PKP.

“Memandngkan PKP tak ada ceramah, tak ada sumbangan ke sana. Jadi ustaz bawa Grab. Tak ada la macam anak-anak muda, hanya sambilan untuk duit poket.

“Dia pun suka jumpa orang, jadi dalam masa sama cari poket. Pesakit ni (kanser) kan tak boleh stres. Ustaz pun suka naik motor, jumpa orang bolehlah happy sikit,” katanya lagi.

Menariknya kata Rosli, Ustaz Hanafi tetap dengan sikapnya yang suka bersedekah setiap hari walaupun dirinya sendiri tak cukup duit.

Iklan

“Ustaz percaya dengan cara itu dapat bantu dirinya. Jadi dia nak sedekah hanya kerana ALLAH,” ceritanya.

Sampaikan mesej

Memetik laporan media tempatan, Ustaz Hanafi sendiri mengesahkan beliau mencari pendapatan dengan mengambil upah membuat penghantaran makanan bagi pihak restoran.

Difahamkan, selain itu, beliau ingin menyampaikan mesej kepada penghidap kanser lain supaya tidak berputus asa.

Iklan
Kapsyen di foto status Facebook Ustaz Hanafi 6 julay lalu – Janji Halal.. Bismillah.. Ayah tak kisah susah.. janji anak anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakkal. #kanserfighter

Jangan duduk diam, sebaliknya lakukanlah perkara kita suka di dalam hidup tanpa mengeIuh nasib menimpa, kata pendakwah terkenal itu.

Beliau yang disahkan menghidap kanser limfoma sejak tiga tahun lalu berkata, keadaan kesihatannya ketika ini semakin puIih dan masih mendapatkan rawatan setiap tiga bulan serta berjumpa pakar.

Status dimuatnaik Ustaz Hanafi di Facebooknya lebih dua jam lalu.

Moga terinspirasi! -AG #janganputusasamalaysia