KEJADIAN dua beradik kanak-kanak warga Myanmar yang meninggal dunia susulan dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah tular di laman sosial.

Kanak-kanak lelaki berkenaan dikenali sebagai Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, dilihat terhuyung-hayang sebelum didapati meninggal dunia

Berita kematian dua anak  kecil itu itu mendapat perhatian warga mata. Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan pilu terhadap situasi yang menimpa.

– “Empat tahun dan dua tahun dibiarkan begitu sahaja? Allahuakbar, anak saya lima tahun pun tidak pernah tinggal.”

– “Ya ALLAH, makan apa sampai meninggal. Ada racunkah? Kasihannya.”

– “Mata masuk habuk. Kalaulah si kecil berdua itu dapat makan secebis roti yang bersih.”

– “Syurga tempatmu, damailah di sana.”

– “Bila sebut kisah kanak-kanak kelaparan tidak kira bangsa apa pun, memang sakit dada rasanya.”

Baca juga: Sampai Hatimu Ibu! Demi Kekasih, Anak 3 Tahun Ditinggalkan Seminggu Maut

Berikut 10 info lanjut tentang kes berkenaan.

1. Kejadian berlaku di kawasan tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa, Bukit Malut, Langkawi.

2. Bapa mangsa berusia 36 tahun mendapati mulut kedua-dua kanak-kanak itu berbuih.

3. Selang beberapa minit, kanak-kanak itu didapati sudah tidak bernafas.

4. Ketika kejadian si bapa difahamkan mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan melakukan kerja kampung.

5. Keluarga kecil itu tidak mempunyai rumah dan hanya menumpang di rumah jiran.

6. Isteri dan ibu kepada dua beradik berkenaan dipercayai telah pulang ke negara asal, Myanmar.

Iklan

7. Dalam pekembangan terbaru,Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari, si bapa didapati positif dadah.

8.  Lelaki itu ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

9. Manakala mayat dua beradik itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini untuk proses bedah siasat.

10.Shariman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

Baca juga: Kecederaan Otak, Paru-Paru, Tulang Patah Punca Kematian Rayan, Berikut Kronologi Operasi Menyelamat

Terdahulu, menerusi sebuah laporan khas, Bukit Malut dilaporkan turut menjadi penempatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya yang menyeludup masuk.

Kumpulan baharu itu cuba memasuki ke negara ini dengan menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Baca juga: [VIDEO]Letak Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam Berisiko Sawan, Doktor Dedah Cara Betul

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama