KASIH sayang seorang bapa terhadap permata hati mungkin tidak terucap dengan kata-kata.

Begitu banyak pengorbanan yang mereka lakukan sehingga sanggup mengenepikan soal masa dan lelah tatkala gigih mencari rezeki untuk keluarga tercinta.

Baru-baru ini tular menerusi aplikasi TikTok perkongsian seorang remaja yang menempah makanan secara online, tetapi tidak menyangka penghantar makanan itu bapa kandungnya sendiri.

Pemilik akaun Tiktok @aniezelizza berkongsi video berdurasi 40 saat yang mencuit hati warganet.

Menariknya, anak beranak itu sama-sama ketawa sebaik sahaja motosikal ditunggang bapanya tiba di depan pagar rumah.

Baca juga Ayah umpama hero, ini yang perlu bapa buat untuk anak perempuan

Tutur bapanya sambil membuka beg makanan:

“Siapa order ni? Bapa sendiri yang hantar.”

Menerusi video tersebut remaja itu turut memberitahu, sebelum menempah makanan ibunya mencadangkan menggunakan nombor ID tertentu dipercayai milik si bapa, namun beliau tidak berbuat demikian.

Tanpa disangka ayahnya yang menghantar pesanan makanan ke rumah mereka. Biarpun dikendalikan oleh bapa sendiri remaja tersebut tetap membayar harga makanan segera itu lebih daripada jumlah asal.

@aniezelizza

Reply to @johndblend___88 dia punya terhibur tu takleh bincang 🥲

♬ original sound – 艾妮丝 <3 - nieshy <3

Menjengah di ruangan komen, majoriti warga maya turut berkongsi mengalami pengalaman sama yang mana pesanan makanan dihantar ahli keluarga sendiri.

“Husband dia hantar, kena bayar”

“Kentang kena rembat”

Pun begitu, ada segelintir netizen beranggapan penghantar makanan itu merupakan suami kepada remaja terbabit memandangkan suara dan fizikalnya tampak muda. Bagaimanapun remaja berkenaan memberitahu perkara sebenar.

Iklan

Dalam video yang mendapat 1.3 jumlah tontonan itu, Aniezelizza menjelaskan bahawa ibu bapanya melangsungkan perkahwinan pada usia muda.

Baca juga Jadual baharu FoodPanda mengikut negeri, jangan silap kalau tak nak berlapar

Bapanya kini berusia 39 tahun manakala ibu pula 36 tahun.

Iklan
@aniezelizza

Reply to @nidzaty kepada yang minta nak tengok ibu pula, here’s nizam’s little family 🥰

♬ Sentiasa – Firdaus Rahmat

Terima kasih kepada kumpulan penghantar makanan kerana berkorban nyawa di jalan raya menghantar pesanan pelanggan dalam apa jua keadaan.

Lebih-lebih lagi pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang mana rata-rata masyarakat lebih cenderung memesan makanan secara online bagi mengelakkan keluar rumah.

Ingat ya! terus kekal berada di rumah. Keluar apabila ada keperluan dan urusan penting sahaja. #kitajagakita

Sumber: Tiktok Aniezelizza