TERHIBUR, sebak dan pastinya perasaan tersentuh apabila menonton video seorang anak membantu bapanya menjalani ‘sesi fisioterapi’ dengan caranya yang unik tersendiri.

Dalam ‘bersenam’ pun si anak masih dapat bergurau manja dengan si ayah. Dalam masa sama, hebat melayan bapa dengan baik sekali.

Melalui perkongsian video itu, ramai netizen terharu kerana ia mengingatkan sesuatu pengajaran yang boleh diambil oleh seseorang yang bergelar anak. Bapa atau ibu adalah suatu anugerah yang tidak ternilai, tambahan pula bila dapat menjaga ayah sendiri yang uzur.

Itu antara pengisian berkenaan video tular bertajuk ‘Ini Kisah Syurgaku’ sehari dua ini, sejak Hari Bapa beberapa hari lalu.

Siapa sangka, anak dan bapa dalam video tersebut rupanya ada pertalian rapat dengan pelumba basikal negara, Azizul Hasni Awang.

Bapa stroke survivor, demensia

Kongsi Azizul, ‘bapa’ dalam video itu ialah Awang Bin Embong iaitu Ayoh (ayah) nya yang stroke survivor dan mengalami demensia.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami penyakit demensia ni pasti faham bagaimana cabaran yang diharungi oleh pesakit dan juga ahli keluarga itu sendiri.

“It’s an excruciating experience i tell you. Tengok video ni bercampur baur perasaan. Sedih ade, suka pun ade. Tetapi at least aku bersyukur sangat sebab tahu Ayoh dijaga rapi oleh adik-beradik di Dungun, Terangganu.

Hanya ALLAH yang boleh membalas jasa mereka. Kadang-kadang tu ada datang jugak sekali-sekala perasaan macam useless je hidup ni. Terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai ayah dan mak sendiri kat kampung pun tak boleh jaga.

Umur belasan tahun dah tinggalkan mak dan ayah demi nak kejar cita-cita dunia, konon nak jadi juara dunia. Bila menang disanjung, bila kalah di..??

Betullah kata orang, nikmat dunia itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Harap suatu hari dapat berbakti kepada mereka.

Korang semua yang ada peluang nak jaga mak dan ayah tu, gunalah peluang sebaik mungkin, saya ni hanya mampu berdoa je.

Iklan

Moga Allah permudahkan segalanya. Alhamdulillah ingat lagi, sebelum Ayoh kene stroke, Allah bagi peluang dating berdua. First time pergi keluar berdua bersarapan dekat warung di kampung dan kesempatan digunakan dengan diisi dengan perbualan panjang. Such a golden moment.

Kemuncak dia masa Ayoh pegi tengok saya race Sea Games Kuala Lumpur 2017 di Velodrome Nilai. Lepas tu kesihatan Ayoh makin merosot,” kongsi beliau di Facebooknya.

Kata Azizul lagi, bapanya disifatkan wira dan pahlawan yang melawan segala bentuk penyakit, dugaan serta segala macam yang melanda dirinya.

Apatah lagi bapanya diceritakan memang seorang bekas tentera.

“Terima kasih Ayoh sebab saya rasa semangat pahlawan tu memang turun dekat diri saya sikit. Saya tak nak ucap Selamat Hari Bapa kerana bagi saya setiap hari adalah hari yang special buat Ayoh. STAYSTRONGAYOH

Iklan

Terima kasih adik bongsu @asive_awang atas perkongsian video,” kata Azizul lagi.

Doa SinarPlus, semoga keluarga ini sentiasa dirahmati ALLAH.

Buat Pak Cik Awang Embong semoga sentiasa dalam lindungannya. Aamiin. -AG #janganputusasamalaysia