SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pasti mengimpikan mempunyai cahaya mata dan keinginan membesarkan ‘amanah’ yang diberikan sebaik mungkin.

Namun, tidak semua pasangan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata sejurus mereka berkahwin.

Ada antaranya terpaksa menunggu bertahun-tahun dan menjalani pelbagai rawatan serta altenatif hanya demi untuk mendapatkan zuriat.

Seperti yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia dikurniakan rezeki anak setelah beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan.

Namun, dek mempunyai suami durjana, kegembiraan si isteri direntap pilu apabila dia mendapat lafaz talak malah status bayi dalam kandungan itu turut diragui.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok @adibaltulkhadijah, dia bercerita mengenai dirinya diberikan talak setelah mendapati mengandung buat kali pertama selepas empat tahun mendirikan pernikahan.

Ketika mengetahui diri hamil, dia merancang membuat kejutan buat suami.

@adibatulkhadijah Reply to @i.meeraa ♬ original sound – bukan bini orang

 

Baca juga Ambil gambar berdua, hasilnya ‘bertiga’, pemuda kongsi pengalaman seram pantai di Pahang

Namun siapa sangka rupanya dia yang terkejut apabila suami kantoi mempunyai skandal dengan beberapa perempuan!

Malah apa yang membuatkan sangat sebak, status kandungan yang diragui suami dan tidak akui bayi tersebut hasil keturunannya.

Iklan

Lelaki tersebut turut menuntut membuat proses ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk bukti jelas.

Walaupun telah empat tahun tragedi pahit itu berlalu, dia menyorot kembali saat yang memilukan itu dalam beberapa buah klip video.

Baca juga Bayi meninggal didakwa terjerut buaian, bapa minta siasatan semula, kesan lebam pada leher meragukan

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya pilu dengan tragedi yang menimpa wanita itu.

Ramai juga antara mereka menitipkan kata-kata semangat buat ibu muda berkenaan malah ada yang kagum dengan senyuman yang terukir walaupun melalui pengalaman perit.

Iklan
@adibatulkhadijah Reply to @jihagee_48 ♬ original sound – bukan bini orang

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI