Viral video 'curhat' warga emas di pusat jagaan buat ramai sebak, ingat mak ayah

A
A
A

Viral video curhat warga emas di pusat jagaan buat ramai sebak, ingat mak ayah

BILA sebut pasal ibu bapa, banyak hati yang mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi bila ibu ayah sudah tua.

Dek kerana keperluan hidup untuk bekerja, ramai di kalangan anak-anak yang terpaksa berjauhan dengan mereka.

Siapa yang bertuah dapat menjaga ibu ayah ketika meniti usia senja mereka, memang itu adalah rezeki dan nikmat yang sangat berharga.

Seperti baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan curhat warga emas di sebuah rumah jagaan orang tua.

Video yang dikongsi pengguna ?s=46&t=ZtDjsaADEnHBeoHppnbSqA" target="_blank" rel="noopener">Twitter @Naazruulmencuri perhatian ramai sekali gus mengundang sebak apabila mereka berkongsi perihal hidup masing-masing.

Ada yang sudah lama kehilangan pasangan tersayang, ada yang jauh dengan anak-anak, dibuang mereka, alami masalah Alzheimer dan sebagainya. Sayu...

Perkongsian itu juga membuatkan ramai yang terkenangkan ibu bapa yang jauh juga yang meninggal dunia.

Baca juga Ibu ayah buat kejutan di awan biru, gadis terharu terima jambangan bunga, kad, ucapan hari lahir

Erna Elliyana ketika menyantuni penghuni rumah jagaan berkenaan. Kredit foto Twitter @Naazruul

Ujar mereka;

"Aku memang tak boleh la pasal mak ayah ni. Hati aku auto tisu. Sedih wei tengok. Ya Allah moga kita berkesempatam jaga mak ayah kita, balas jasa mereka."

"Tetiba teringat abah koma sebulan. Rasa sedih sangat time tu. Dengan tengah final exam lagi hmm"

"Tak semua orang ada hati yang baik. Kalau ada hargailah. Kita hidup pun tak lama. Berbaik-baiklah sesama insan."

"Parents kalau sakit pun dah luluh hati dibuat... Risau akan mereka... Ini tengok vid ni berderai mata dan jiwa... Sayuuu."

"Aku dah tua-tua esok kalau anak-anak tolak aku macam bola, aku nak pergi duduk dekat sini. Lebih baik fokus ibadah daripada fikir pasal anak yang tak sedar diuntung!"

Sementara itu, seorang wanita dikenali Erna Elliyana Rosli, 34, mengatakan itu adalah program yang disertai menyantuni warga emas di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini.

Baca juga Sayunya, ditinggal ibu ayah mencari rezeki, anak 3 tahun maut dalam jagaan kenalan bapa. Berikut 10 info berkaitan

Kredit foto Twitter @Naazruul

Turut menyelami hati penghuni di situ, pesannya kepada orang ramai, jangan mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.

"Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan.

"Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga al-Quran dan terakhir wajah kedua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup. Ingt doa ibu bapa tiada hijab.

"Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa... siapa ibu bapa kita," ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca