Warganet bengang, pertikai tindakan penumpang kereta tiba-tiba buka pintu tengah jalan

A
A
A

SETIAP daripada kita perlu berhati-hati dan peka apabila berada di jalan raya.

Tindak-tanduk dan perlakuan walaupun kecil boleh memberikan impak buruk kepada pengguna jalan raya yang lain.

Seperti kejadian yang tular di laman sosial baru-baru ini. Penumpang sebuah kereta jenis Toyota Vios yang tiba-tiba dibuka menyebabkan sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita terbabas dan melanggar kenderaan lain.

Video berdurasi 22 saat itu dikongsikan warga maya di laman sosial DashCam Malaysia itu meraih perhatian ramai.

Baca juga: Video Ratusan Penunggang Motosikal Berhenti Tular, Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut Di Pulau Pinang

Rata-rata warganet mempertikaikan sikap penumpang kereta berkenaan yang secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelahnya hingga mengakibatkan kecelakaan kepada orang lain.

- “Yang buka pintu tidak lihat cermin sisi dulu kah? Aduhai.”

-“Kenapa tak consider orang lain masa buka pintu kereta. Tak kiralah semasa parking atau tengah jalan sekalipun.”

-“Boleh tak failkan cubaan membunuh? Kalau laju, ada motosikal lain ikut belakang, boleh ‘padam’ si penunggang dan pembonceng ni”

-“Harap yang buka pintu itu bertanggungjawab terhadap semua kerosakan.”

-“Kes lalai dan membahayakan nyawa orang lain. Boleh lawan di mahkamah biar pengguna lain tahu perkara ini serius.”

-“Masalahnya kenapa dia bukak pintu di tengah-tengah alam. Cari apa? Kedai jauh, orang jual buah pun tak ada.”

Berhati-hati dan berwaspadalah dengan segala tingkah laku di jalan raya. Kesilapan kecil kita boleh menyebabkan orang lain kehilangan nyawa!

Diharapkan kemalangan seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan.Baca juga: [VIDEO]'Lembaga putih' tumpang pacuan empat roda bikin kecut perut

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: DashCam Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca