WIRA negara dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 di negara ini sememangnya layak mendapat pengiktirafan.

Beberapa jam lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, adalah antara 12 penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Tahniah Tan Sri Dr Noor Hisham!

Pada istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini, beliau dianugerahkan pingat kebesaran itu oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lebih dikenali sejak diiktiraf oleh China Global Televisyen Network (CGTN) sebagai seorang daripada tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani situasi Covid-19, sememangnya beliau selayaknya menerima anugerah itu.

Tidak hairanlah figura ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada segenap lapisan masyarakat.

“Merafak sembah, menjunjung kasih mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di atas limpah perkenan mengurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) ke atas patik sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tahun 2020 di Istana Melawati, Putrajaya.

Alhamdulillah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia sekali gus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam.

Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik COVID-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara,” tulis beliau di hantaran Facebook yang mendapat lebih 87K lebih tanda ‘Suka’ dalam masa tak sampai dua jam.

Ratanya-ratanya mengucapkan tahniah dan menyifatkan Dr Noor Hisham sememangnya layak menerima anugerah berkenaan.

Sebahagian ucapan di ruangan komen status berkaitan pada hantaran Facebook Dr Noor Hisham.

 

Iklan

Page FB Istana Negara dalam dalam pada itu turut mengucapkan tahniah kepada beliau:

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang telah dikurniakan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2020.

Selain di FB Istana Negara dan Facebook peribadi beliau sendiri, FB Kementerian Kesihatan Malaysia turut terkena ‘tempias hujan’ ucapan tahniah tanpa henti sejak status tentang anugerah diterimanya dimuatnaik.

Selain orang perseorangan, badan kerajaan dan swasta, badan bukan kerajaan daripada segenap lapisan masyarakat antara yang menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau.

Iklan

Menariknya warganet terbabit terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sekali lagi tahniah Dr Noor Hisham!