BERFUNGSI 2 dalam 1, jenama terkenal dari Jepun, ANESSA bukan saja lindungi kulit dari sinaran UV, tetapi sesuai juga untuk jadi asas solekan.

Menariknya lagi, ANESSA berkolaboratif bersama wira-wira MARVEL menerusi produk jenama terkini mereka, Perfect UV Sunscreen Milk.

Dengan tema Unlock Your Power, kerjasama ANESSA X MARVEL adalah simbolik kekuatan yang menunjukkan pengguna akan sentiasa dilindungi apabila berada di bawah sinaran matahari.

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan media menyebut, produk yang didatangkan dengan edisi terhad itu dirumus dengan Teknologi Penggalak Auto Pertama di dunia yang bertindak balas secara automatik kepada haba, peluh air dan kelembapan udara.

ANESSA

Ia juga membentuk ‘tudung perlindungan‘ yang lebih seragam dan kuat daripada sinaran UV yang berbahaya.

ANESSA X MARVEL juga mengandungi 50 peratus bahan penjagaan kulit yang berasal dari tumbuhan termasuk asid hyaluronic, kolagen marin, aloe vera, bunga mawar, teh hijau dan tormentil.

Jenama berkenaan dalam satu kenyataan media menyebut, produk yang didatangkan dengan edisi terhad itu dirumus dengan Teknologi Penggalak Auto Pertama di dunia yang bertindak balas secara automatik kepada haba, peluh air dan kelembapan udara.

Kesemua bahan itu berperanan meningkatkan penghidratan dan seterusnya melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar.

BACA JUGA Pelihara diri daripada sinar UV, berikut senarai antara krim pelindung matahari terbaik

Iklan

ANESSA

“Pelindung matahari ini juga boleh digunakan sebagai primer dalam solekan. Menariknya, ia mudah dicuci dengan sabun. Tekstur yang sangat halus dan ringan juga menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian,” kata kenyataan tersebut.

ANESSA X MARVEL tersedia secara eksklusif di kedai Watsons Malaysia terpilih bermula pada awal Julai lalu.

Iklan

BACA JUGA Sinaran UV boleh rosakkan kulit wajah, atasi dengan buah limau dan laici

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan