4,500 share, cara mudah buat lemang cawan, tak perlu buluh, jimat duit & masa
LEMANG menjadi juadah mesti ada pada hari raya. Keenakan pulut yang dimasak bersama santan dan garam memang menjadi igauan.
Ditambah pula dengan aroma daun pisang, memang tak mampu yang menolak. Makan dengan rendang, daging dendeng atau ayam masak merah memang padu!
Dulu di kampung-kampung ramai yang buat sendiri lemang. Membakarnya sahaja ambil masa dalam tujuh jam tidak termasuk proses merendam beras pulut dan mengisi ke dalam buluh. Kalau beli pula ada yang ‘terkeras’ dan kering.
Sekarang anda tak perlu lagi nak berpanas membakar lemang, boleh cuba resipi lemang cawan kukus yang dikongsikan Dah Tupperware ini.
Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!
Sempoi je, hanya kukus dan panggang. Katanya rasa tak lari daripada lemang yang ori!
Baca juga: Sedapnya kuah kacang, resipi turun temurun yang simple tapi padu
LEMANG KUKUS CAWAN
Bahan-bahan
1 kg beras pulut [BELI DI SINI]
2 cawan santan pekat (saya guna Ayam brand) [BELI DI SINI]
1/4 cawan air (campur ke dalam santan)
1 sudu besar garam [BELI DI SINI]
2 sudu besar gula [BELI DI SINI]
2 sudu besar minyak masak (sekiranya guna santan kotak) [BELI DI SINI]
Cawan kertas saiz M [BELI DI SINI]
Daun pisang secukupnya (sebagai alas cawan)
Cara penyediaan
1-Rendam beras pulut selama satu jam. Toskan.
2-Masukkan beras ke dalam cawan.
3-Tambah santan yang telah dicampur dengan garam dan gula.
4-Tuangkan santan melebihi paras beras pulut.
5-Panaskan pengukus sehingga air mendidih dan kukus lebih kurang 30 hingga 40 minit dengan api kuat sehingga masak.
6-Sesekali cucuk permukaan lemang menggunakan chopstik.
7-Awas, jangan tekan terlalu kuat bimbang cawan akan bocor.
Baca juga: Cara rebus ketupat nasi versi jimat gas dan elektrik, mudah sangat!
TIP MASAK LEMANG KUKUS CAWAN
1-Kalau nak feeling-feeling makan lemang dimasak dalam buluh, anda boleh masukkan ke dalam kuali pemanggang sebentar supaya hangus sikit.
2-Jika anda ingin lemang ini padat, biarkan sejuk dulu sebelum potong.
3-Nak lagi sedap, buat malam dan pagi keesokannya barulah dipotong dan hidang.
Baca juga: 35,000 share, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chip paling mudah, gerenti licin balang
Selamat mencuba!
Sumber: Dah Tupperware
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang