6 sebab anda perlu tahu keenakan Crackin’ Thin Crust Pizza Hut

PIZZA Hut telah mengumumkan gubahan inovatif baharu terhadap kerak piza jenis nipis yang digemari kebanyakan golongan muda terkini iaitu Crackin’ Thin Crust.

Inovatif itu menampilkan kerak senipis 0.5 cm rangup dan garing, dengan limpahan keju [Beli di sini] yang memikat selera serta jaminan kerangupannya.

Pasti anda tertanya-tanya apakah sebenarnya Crackin’ Thin Crust berbeza berbanding dengan piza kerak nipis yang lain?

Ini enam sebab anda perlu tahu keenakannya, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong menjelaskan perbezaannya;

1. Kerak nipis terbaharu Crackin’ Thin Crust terhasil dari inspirasi untuk mencipta sebuah kelainan bagi piza kerak nipis yang sedia ada di pasaran.

2. Bayangkan kerak nipis yang anda suka, dan bayangkan ia menjadi lebih rangup dan berkeju.

Baca juga Isu ketuhar rosak tak dapat sediakan piza, ini kata Pizza Hut Malaysia

3. Kerak nipis Crackin’ Thin Crust dicipta menggunakan “teknologi 4K”, dan dengan “4K”, bermaksud “4KRAKKK”– iaitu gabungan kerak piza 0.5 cm ultra-nipis dengan bahagian tepian piza yang ditaburi keju cheddar lazat, mencipta kerangupan hebat dalam setiap gigitan.

4. Inovasi hebat itu turut disertakan dengan jaminan kerangupan, anda dapat menikmati keenakan keju mozzarella [Beli di sini] di bahagian tengah piza dan juga ditambah dengan kegaringan keju cheddar di bahagian hujungnya, memberikan anda tekstur yang lazat iaitu lembut, cair dan rangup kesemuanya dalam satu gigitan.

5. Kini anda boleh menikmati rasa enak yang berganda dengan nisbah topping, keju dan kerak yang sempurna.” tambahnya.

Iklan

Baca juga Hanya RM1.90 sahaja, Pizza Hut tawarkan Hand Crafted San Francisco terbaharu dengan kerak lebih lembut dan garing

6. Selaras dengan pelancaran kerak baharu ini, Pizza Hut menjemput semua pelanggan untuk bersama-sama menyertai cabaran ‘The Crunch Challenge’, yang diadakan melalui platform media sosial. Pelanggan hanya perlu merakam video mereka sedang menikmati piza Crackin’ Thin Crust dan memaparkannya di Instagram Story dengan hashtag #CrunchChallenge dan #PizzaHutMalaysia dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah
lumayan seperti Iphone 14 dan banyak lagi!

Cubalah pizza Crackin’ Thin Crust baharu yang lazat dengan memesannya melalui Aplikasi Pizza Hut atau di rangkaian Pizza Hut berdekatan untuk dibawa pulang.

Iklan

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.