PERASAN tak sejak akhir-akhir ini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin atau Tokti sentiasa memuat naik video permata hati beliau, Siti Aafiyah Khalid yang mencuit hati.

Boleh dikatakan setiap posting tersebut ada sahaja keletah dilakukan Aafiyah sehingga menyebabkan Tokti ketawa dan memarahi terhadap si comel berusia dua tahun itu.

Salah satu video yang mendapat perhatian warga net apabila Aafiyah menyelerakkan laci berisi pakaian sukan berbasikal milik bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Melihat situasi terbabit Tokti telah meminta Aafiyah mengemas semula timbunan pakaian itu sehingga menimbulkan reaksi cuak pada wajah si kecil berkenaan.

Pada mulanya, dia berusaha menyusun baju yang dipunggah, namun gagal lalu menangis kerana bimbang terus dimarahi Tokti.

Nampaknya, ragam Aafiyah tidak berhenti setakat itu sahaja.

siti nurhaliza
AAFIYAH (kiri) yang kini berusia dua tahun semakin bijak bercakap dan keletahnya sentiasa menghiburkan hati Siti Nurhaliza dan warga net.

Baru-baru ini, di hadapan Tokti, tanpa rasa bersalah dia dengan ‘beraninya’ menyanyi dan menari sambil menconteng permukaan almari berwarna putih di dalam sebuah bilik.

Artikel berkaitanSiti Nurhaliza dapat lampu hijau

Tokti yang pada mulanya merakam aksi anaknya itu sekali lagi terkesima lalu menyatakan: “Amboi…sedapnya conteng. Jangan Aafiyah (conteng) ibu marah ni. Cepat clean up semula.”

Rata-rata warga net terhibur dengan ragam Aafiyah yang bukan sahaja pandai menyanyi, menari dan berzumba, bahkan petah berkata-kata.

Menurut pemilik akaun @fiezazainon: “Lincah sungguh Aafiyah…cakap pun tak pelat.”

Iklan

Sementara itu, @jrm.bukitkudaklang_zuraidah pula menyifatkan keletah yang dipamerkan Aafiyah secara tidak langsung menghiburkan hati ibunya dan peminat-peminat Siti Nurhaliza.

Justeru, bagi mendidik Aafiyah bertanggungjawab atas tindakan yang dilakukan Siti Nurhaliza meminta anak perempuannya itu membersihkan kesan contengan menggunakan helaian tisu.

Pun begitu, anak-anak yang menconteng dinding disifatkan mempunyai kelebihan positif.

Berdasarkan my.theasianparent.com Malaysia, hasil kajian oleh Creativity Research Journal (2006) si kecil yang sering terlibat dengan aktiviti sedemikian lebih cenderung berfikir secara kreatif. Pada masa sama, bijak menyelesaikan masalah.

Iklan

Artikel berkaitanTokti jahit mask sendiri selain sumbang PPE untuk IJN, PDN

Foto dan video: @ctdk dan @ctaini77

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ct Aini (@ctaini77) on