MADU merupakan makanan yang mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.

Ia kaya dengan pelbagai khasiat dan sering dijadikan sebagai makanan alternatif untuk merawat penyakit.

Selain tinggi kandungan antioksidan, madu membantu menguatkan imun dan membekalkan tenaga.

Pun demikian, tahukah anda makanan yang mengandungi gula asli itu tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak di bawah usia satu tahun.

Menerusi sebuah video di laman TikTok milik Dr Qarafi Tee, beliau berkongsi kesan madu yang diberikan kepada seorang bayi.

Menurut beliau, bayi yang berusia lingkungan tiga bulan itu pada mulanya tidak mahu minum susu badan.

 

Si kecil tersebut telah dibawa ke hospital selepas menjadi lemah atau situasi dikenali sebagai hipertonia.

Baca juga: Sawan, otak rosak, koma, kematian jika beri bayi minum air masak. Banyak lagi bahaya lain

Baca juga: Tumor otak dapat dikesan sejak bayi dalam perut. Tiada genetik kanser bukan jaminan si kecil bebas daripada penyakit itu

SUMBER Sarah Chai daripada PEXELS.

Keadaannya semakin teruk sehingga perlu dimasukkan ke dalam ICU.

Lebih mengejutkan, si manja berkenaan disahkan mengalami jangkitan kuman paru-paru dan sukar untuk bernafas walaupun sudah diberi rawatan.

Situasi itu membuatkan doktor mengambil keputusan untuk melakukan ujian sampel najis.

Baca juga: Kekal cantik walau usia sudah 50-an, pelakon Laila Nasir dedah rajin amal masker putih telur, madu & jus pegaga!

SUMBER Rene Asmussen daripada PEXELS.

Paralisis

Hasil ujian mendapati najisnya mengandungi klostridium botulinum iaitu bakteria yang menyebabkan kondisi bayi berkenaan lemah.

“Klostridium mengeluarkan toksik yang boleh menyebabkan otot budak itu paralisis atau tidak boleh bergerak dan lemah.

Iklan

“Rupa-rupa ibu bapa budak ini ada memberikan sejenis makanan yang menyebabkan dia mengalami jangkitan tersebut iaitu madu,”katanya.

Tambah beliau, kajian di Amerika Syarikat mendapati kurang 10 peratus madu yang dijual di luar mengandungi klostridium botulinum.

Keadaan itu menyebabkan bakteria mengeluarkan toksik yang boleh menyebabkan paralisis.

Baca juga: Bayi pramatang 1.5kg maut klinik cuai tidak letak dalam inkubator, sempat buat content newborn photoshoot tanpa pengetahuan keluarga

Iklan
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Justeru, agen pemanis tersebut tidak sesuai untuk bayi bawah usia satu tahun kerana usus mereka masih belum kuat seperti orang dewasa.

Oleh yang demikian, Dr Qarafi menasihatkan orang ramai supaya tidak sesekali memberikan si kecil manisan semula jadi itu kerana ia boleh meragut nyawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang