Ayam panggang Rosemary sedap sungguh! Dah rasa sekali pasti nak lagi rugi tak cuba

A
A
A

Ayam panggang Rosemary sedap sungguh! Dah rasa sekali pasti nak lagi rugi tak cuba

BILA sebut sahaja ayam panggang pasti ramai yang suka kan? Tambah lagi ayam panggang Rosemary ni.

Cara untuk membuat ayam bakar Rosemary ni pun mudah dan bahan-bahannya pun simple jer.

Cuma menggunakan bahan asas yang ada kat rumah, dah boleh dapat ayam bakar yang macam kat Kenny Rogers tu.

Tak payah susah-susah nak pergi Kenny Rogers lagi kalau dah boleh buat sendirikan.

Cuma ayam perlu diperap lebih lama untuk memastikan semua bahan sos yang dicampurkan meresap ke dalam ayam. Ini akan menjadikan ayam lebih sedap.

Makan atau ratah macam tu jer dah sedap ayam bakar Rosemary ni. Kalau dihidang bersama sos lada hitam lagi lah bertambah sedapnya.

Sesuai juga dinikmati bersama nasi butter atau nasi putih pun mantap!

Cubalah buat, dah rasa sekali pasti nak lagi rugi tak cuba ayam panggang Rosemary ni.

Cuba juga Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa

 

Bahan-bahan;

AYAM PANGGANG

Cara membuatnya;

1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul halia dengan ayam. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.

2. Tumbuk Rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar, tumbuk sekali. Kemudian masukkan bawang putih tadi dan tumbuk lagi.

3. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul sebati. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.

4. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit - 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Siap!

Cuba juga Lebihkan serai dan halia, rahsia besar Ayam Bakar Pasu Terlangkup sedap dan ‘digilai’ ramai. Tak percaya? Jom cuba

SOS LADA HITAM DAN CENDAWAN

Sukatan agak-agak sahaja ya.

Cara membuatnya :

1. Kisar serbuk Gravy Chicken bersama air panas, waktu kisar ni kena sikit-sikit dulu jangan tuang separuh peket dalam blender nanti dia berketul.

2. Kemudian tumis bawang Holland bersama olive oil, dah garing bawang tu, masukkan kuah yang kita kisar tadi. Api kena sederhana saja dan sentiasa kacau. Kalau tak nanti berketul kuah tu.

3. Kemudian masukkan susu full cream, cendawan, butter dan lada hitam. Kacau sampai sebati. Dah mengelegak kuah tu. Boleh la tutup api. Siap!

Memang sedap! Selamat mencuba.

Sumber: Nor Atika Nazirah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca