SAMBUTAN Hari Ibu nampaknya semakin meriah apabila banyak promosi menarik dianjurkan bagi meraikan insan tersayang.

Bukan setakat baucar makan tengah hari, hi-tea dan makan malam, ada juga pakej staycation di hotel terkemuka di ibu kota yang rugi kalau tak direbut.

Pun begitu, bagi mereka yang lebih sukakan percutian santai dan privasi, sudah tentunya pilihan lebih memihak kepada pulau-pulau yang ada dalam Malaysia.

Bukan setakat boleh healing bersama keluarga tanpa sebarang gangguan kerja, malah hati kita lebih tenang jika dengan dengan alam semula jadi, kan?

SinarPlus senaraikan cadangan destinasi pulau terbaik yang boleh anda dipertimbangkan untuk membawa ibu tersayang bercuti:

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Rawa Island Resort, Malaysia.

1. Rawa Island Resort
– Antara destinasi paling disyorkan ramai pencinta alam jika bercuti di Johor.
– Pulau Rawa yang terletak di dalam Taman Laut Sultan Iskandar memang cantik dengan pasir putih dan hasil hidupan laut masih terpelihara.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Rawa Island Resort, Malaysia.

– Banyak pilihan kamar yang boleh kalian booking seperti waterfront banglo, frangipani villa, hillside deluxe, beachview dan beachfront chalet.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Batu Batu – Tengah Island.

2. Batu Batu Resort
– Satu lagi opsyen terbaik untuk famili anda yang suka bermain air atau snorkeling.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Batu Batu – Tengah Island.

– Paling syok, terdapat 20 vila yang direka dengan seni binaan tradisi dengan semua tingkap kamar menghadap laut yang terbentang luas.
– Sesuai dijadikan tempat untuk bonding time bersama keluarga tersayang.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Ambong Pool Villas Langkawi.

3. Ambong Pool Villas
– Terbang jauh ke Langkawi untuk menikmati pengalaman bermalam di Ambong Pool Villas.
– Rekomen kepada mereka yang mahukan percutian mewah, privasi dan jauh daripada gangguan orang ramai.

 

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Ambong Pool Villas Langkawi.

– Mana tidaknya, setiap vila yang didesain dengan elemen eksotik itu lengkap dengan kolam renang peribadi.
– Kalau emak-emak mahu rehatkan diri, boleh booking pakej spa dengan tawaran menarik.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Gaya Island Resort.

4. Gaya Island Resort
– Sabah memang terkenal dengan keindahan pulau yang cantik persis Maldives. Antaranya sudah tentunya Gaya Island Resort.
– Bukan sahaja dapat bermalam di hutan hujan, pelbagai pakej menarik ditawarkan kepada pengunjung seperti spa village.

Baca juga Tengah rancang bercuti di Pulau Langkawi? Ini 12 resort tepi pantai yang best

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Gaya Island Resort.

– Selain dapat memanjakan diri dengan rawatan kecantikan, kalian juga boleh menerokai hidupan flora dan fauna terancam yang masih terpelihara.

Iklan
hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Japamala Resort, Tioman Island.

5. Japamala Resort by Samadhi
– Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi keunikan yang ada di Pulau Tioman yang popular dengan keindahan pantai di Pahang.
– Antara pilihan penginapan yang paling laku keras adalah di Japamala Resort by Samadhi.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Japamala Resort, Tioman Island.

– Barangkali reka bentuk yang lain daripada lain tanpa mengganggu ekosistem pulau menjadikan resort itu tampil dengan kelas tersendiri.

Baca juga Cuaca pulih, 5 pulau di Terengganu kini selamat dikunjungi

– Banyak pilihan kamar seperti Beach Sarang, Luxe Treetop Sarang, Jungle Luxe Sarang, Hillside Sarang, Seaview Sarang, Treetop Chalets, Seacliff Chalets dan Penghulu’s House.

hari ibu pulau
SUMBER Foto Facebook Japamala Resort, Tioman Island.

Memang syok kalau dapat bercuti di lokasi yang disenaraikan di atas. Mungkin bajet agak keras sedikit, namun sekali-sekala belanja mereka tak salah, kan?

Iklan

Jadikan momen terindah bersama keluarga tersayang sebagai kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee