BADAN letih dan lesu sering dialami wanita kini. Seharian sibuk bekerja tubuh jadi tidak bermaya, sesampainya di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata anda mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa lebih segar.

Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut turut membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.

Baca juga: Jangan buang kulit oren, boleh buat pencuci serbaguna tanpa bahan kimia  

Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan.

Hasilnya tubuh kembali segar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau apabila perlu.

Kredit foto: Pixabay

Langkah demi langkah:

1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.

2. Lima biji buah limau purut kemudian dipotong empat.

3. Masukkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam satu baldi air suam.

4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.

7. Air mandian ini dikatakan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.

Baca juga: 5 khasiat daun limau purut

15 info tentang buah limau purut

1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.

2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti keiffer lime atau kafir lime dalam bahasa Inggeris.

3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.

4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.

5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.

6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.

7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.

Iklan
Kredit foto: Pixabay

8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.

9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.

10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.

11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.

12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.

13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.

14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.

Iklan

15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.

Baca juga: Ikan Siakap Tiga Rasa Sempoi yang senang sangat nak masak. Kena cuba masak hujung minggu ini

Kredit foto utama: Pixabay

Sumber: Siti Aminah, kossas.upm.edu.my

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi